Pengarah Sukan Juventus Fabio Paratici menafikan mereka berminat membawa balik Paul Pogba ke Turin
Masa depan Pogba di Man. United menjadi perbualan hangat selepas insiden panas dengan Jose Mourinho sebelum ini.
Pogba mengkritik taktikal Mourinho. Dan pengurus itu kemudiannya melucutkan Pogba daripada jawatan timbalan kapten pasukan.
Oleh itu Pogba dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan juga potensi untuk kembali semula ke Juventus.
Musim lalu ejen Pogba, Mino Raiola mendesak Man. United merombak kontrak Pogba dan memberikan pemain itu gaji yang sama dengan Alexis Sanchez.
Juventus menjual Pogba kepada Man. United dengan nilai €105 juta pada Ogos 2016. Paratici tak tahu dari mana asas berita Juve mahukan Pogba. Beliau berkata:
“Kami sangat sayangkan Pogba. Ya, kami kerap berhubung tetapi buat masa ini, kami tak akan memikirkan untuk membawa beliau balik.”
Paratici turut menafikan Juventus berminat mendapatkan pemain tengah Lazio yang juga menjadi sasaran Man United iaitu Sergej Milinkovic-Savic.
“Beliau pemain hebat. Tetapi kami tak pernah bercakap dengan Lazio akan hal itu.”
Juventus memulakan musim ini dengan sempurna. Menang kesemua 10 perlawanan dalam semua pertandingan.
Cristiano Ronaldo juga sudah mendapatkan rentak beliau di Juventus meskipun diganggu dengan isu di luar padang.