Piala Malaysia 2018: Masalah Gaji Punca Pemain Sabah Tak Bersemangat?

Entah dimana silapnya apabila peluang skuad sang badak untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini sangat tipis selepas kalah besar 0-5 kepada Perak dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin.

Selepas mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan dan suku akhir, Sabah kelihatan tidak beraksi seperti biasa dan pengendali skuad itu, Julius Ating mengakui pemainnya tidak begitu bersemangat ketika berada di Ipoh.

Beliau berkata kepada Utusan Malaysia, emosi pemainnya agak terganggu apabila berdepan masalah gaji sehingga menjejaskan tumpuan mereka.

“Secara jujur, kita adalah manusia, (apabila mengalami masalah gaji) perasaan (terganggu) itu mesti ada.

“Apabila emosi terganggu, adalah sukar untuk perbetulkannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Perak.

Kesebelasan utama Sabah ketika menentang Perak. FOTO: SAFA

Dalam perlawanan itu, Perak mendahului dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Hakim Hassan (minit 16) dan Wander Luiz (minit 42) dan menambah tiga lagi gol selepas rehat menerusi Gilmar Jose Da Silva (minit 73), Muhammad Firdaus Saiyadi (minit 75) dan penalti yang disempurnakan Leandro Dos Santos pada minit ke-90.

Dengan ketiadaan bekalan gol di tempat lawan, Sabah perlu menjaringkan 6 gol tanpa bolos di Stadium Likas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia bagi mengesahkan slot ke final.

Sedar tugas tersebut agak sukar, Jelius enggan menyerah kalah lebih awal sebaliknya akan memberi motivasi kepada pemain untuk memulihkan semangat mereka sebelum menentang Perak pada 21 Oktober ini.

“Saya masih mempunyai tempoh masa dua minggu untuk mempersiapkan pasukan sebelum separuh akhir kedua di Likas,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN