“Memalukan Man United!”- Gary Neville Kecam Bruno Fernandes

Bekas pemain legenda Manchester United iaitu Gary Neville antara yang tidak berpuas hati dengan prestasi dipamerkan kelab tersebut, selepas mereka tewas dengan jaringan besar di tangan Liverpool.

Beraksi di Anfield, United telah pun diaibkan pasukan tuan rumah menerusi keputusan penuh 0-7 dan dianggap antara aksi paling teruk pernah dipamerkan oleh anak-anak buah Erik ten Hag.

Malah sepanjang perlawanan berlangsung, ramai pemain United dilihat langsung tidak mempamerkan karakter sebenar mereka di atas padan dan salah satunya ialah kapten pasukan, Bruno Fernandes.

Kelibat Fernandes sepanjang perlawanan tersebut boleh dianggap sangat teruk, dengan sumbangan beliau di posisi serangan langsung tiada, serta gagal untuk menyusun permainan dengan baik.

Disebabkan itu Neville mempertikaikan prestasi pemain tengah kebangsaan Portugal tersebut, sambil mengakui hairan kenapa Fernandes langsung tidak dibawa keluar.

“Separuh masa kedua pada pendapat saya merupakan sesuatu yang sangat aib dan sangat bercelaru untuk saya saksikan.

“Mereka bermain dengan tidak melambangkan kelab terutama sekali Bruno Fernandes yang sangat memalukan serta bercelaru pada perlawanan ini,” luah Neville menerusi Sport BibleSport Bible.

Pada masa sama, Neville juga sangat marah pada satu situasi ketika Fernandes terlalu cepat menjatuhkan diri ketika menerima sedikit sahaja sentuhan daripada pertahanan lawan, Ibrahima Konate.

Ketika itu, Fernandes memegang mukanya sambil terbaring selepas menerima sentuhan daripada Konate, walaupun tangan pertahanan tersebut hanya mengenai dada beliau.

https://twitter.com/cfcdruw/status/1632516732941213696?s=46&t=Nb7zWYODMGncEe5C2341_A

“Ada siasatan dibuat menerusi rakaman VAR, ianya hanya mengenai dada Fernandes, bukannya muka beliau.

“Dan Fernandes memegang mukanya? Oh ianya sesuatu cukup memalukan telah dibuat beliau pada perlawanan tersebut kepada kami.

“Sentuhan kecil itu hanya mengenai dada beliau dan tidak kena langsung pada mukanya. Kecewa betul Fernandes ketika itu mengenai situasi tersebut,” tambah Neville lagi.

Pada aksi tersebut, lima gol Liverpool berjaya diledak menerusi ketajaman Cody Gakpo, Mohamed Salah serta Darwin Nunez yang masing-masing mencatat dua jaringan di laman sendiri.

Manakala, pemain gantian iaitu Roberto Firmino tampil menutup malam gemilang mereka untuk menjaringkan gol tunggal beliau pada penghujung permainan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN