Keputusan Sertai Liverpool Tepat, 2 Gol Gakpo Ibarat ‘Penampar’ Buat Man United

Manchester United umpama menerima mimpi yang sangat mengerikan minggu ini, selepas mereka mencatat kekalahan besar di tangan musuh tradisi iaitu Liverpool dalam aksi English Premier League (EPL).

Menerusi kekalahan besar 0-7 di tangan Liverpool, jelas segalanya tampil dengan serba tidak menjadi buat anak-anak buah Erik ten Hag sejak awal perlawanan berlangsung.

Daripada tujuh gol diledak, tampil Cody Gakpo yang sebelum itu pernah dikaitkan bersama United untuk mencipta dua jaringan bersama persembahan cukup menyakinkan.

Disebabkan itu, pastinya penyokong United merasa sedikit terkilan kerana gagal mendapatkan Gakpo, apatah lagi beliau turut menyumbang dua jaringan ketika bertemu The Red Devils.

Jika diimbas, mungkin ini adalah takdir buat Gakpo yang sebelum itu hangat diperkatakan menerusi media sosial dan pemerhati bola sepak tentang dirinya bakal menjadi penyerang baharu buat United.

Namun, segalanya tampak tidak menjadi kenyataan selepas beliau mencipta kejutan besar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Liverpool.

Sebelum itu, ten Hag telah diberi pilihan untuk memilih antara Antony dan Gakpo untuk memperkukuhkan posisi serangan United dalam menghadapi setiap kejohanan.

Namun kelab tersebut terlebih dahulu menandatangani khidmat bintang Brazil tersebut dengan tanda harga sebanyak £80 juta daripada mendapatkan Gakpo yang lebih murah menurut Sportbible.

Walaupun begitu, awal kemunculan Gakpo di England bersama Liverpool tidak begitu baik selepas beliau mendapat beberapa kritikan, kerana tidak memberi impak begitu besar di posisi serangan.

Namun perlawanan ini pastinya menjadi titik tolak terbaik buat beliau untuk tampil lebih positif pada aksi akan datang bersama sentuhan motivasi yang sangat tinggi.

Pada aksi tersebut, Gakpo telah pun meledak dua gol dengan membuka tirai jaringan pada penghujung separuh masa pertama sebelum menggandakannya pada minit ke-50.

Prestasi cemerlang Gakpo bukan sahaja terarah kepada jaringannya, malah kombinasi permainan dicipta beliau bersama Darwin Nunez dan Mohamed Salah jelas memberi masalah besar buat pertahanan United.

Hasil kemenangan tersebut, Gakpo dan rakan sepasukan berjaya membantu United untuk meraih kedudukan kelima dalam carta liga dan mengetepikan pencabar terdekat, Newcastle United.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN