Melchiot: Hakim Ziyech Mampu Jadi Pemain Yang Lebih Berpengaruh Di Atas Padang

Hakim Ziyech

Bekas pemain pertahanan Chelsea, Mario Melchiot berpendapat tonggak The Blues di bahagian sayap, Hakim Ziyech sudah membuktikan kualiti hebat yang ada padanya dengan menjelmakan impak hebat dalam membantu kelab London itu mempamerkan momentum baik pada ketika ini.

Melchiot juga dalam pada itu merasakan pemain lincah kelahiran Drothen, Belanda tersebut mampu untuk menjadi individu yang lebih berkeyakinan dan berpengaruh di atas padang buat Chelsea.

Ziyech yang terlepas enam aksi awal dalam semua pertandingan buat Chelsea selepas mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan persahabatan bertemu Brighton, sudah mula mencuri hati para penyokong Chelsea dengan aksi bertenaga ditampilkannya.

Beliau berjaya menjaringkan dua gol dan mencipta tiga bantuan jaringan selepas mengharungi tujuh perlawanan. Lebih menarik, beliau terpilih sebagai pemain terbaik sebanyak tiga kali dalam empat perlawanan terakhir.

”Dia merupakan seorang pemain yang hebat. Saya menilai dia sebagai pemain hebat kerana kemampuan teknikalnya,” ujar Melchiot menurut laporan Goal.

”Apabila anda datang ke Ajax, apa yang mereka bangunkan ialah berkenaan aspek teknikal. Secara fizikalnya kami tidak akan sentiasa bersaing dengan orang lain, tetapi kami mampu bersaing dari sudut teknikal.”

”Sekiranya anda melihat kepada Ziyech, dia merupakan seorang pemain yang kuat. Dia mungkin tidak dilihat sebegitu [dari segi fizikal], tetapi fizikalnya dia begitu kuat.”

”Kaki kirinya sangat luar biasa dan sebagai manusia dia merupakan seorang ‘pejuang’ sebenar.”

”Ia berkaitan bagaimana dia meletakkan dirinya kerana dia merupakan seorang pemain yang berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik buat dirinya. Satu-satunya perkara dilakukan ialah melalui staminanya.”

”Dia kelihatan seperti seorang yang tidak pernah kenal erti penat. Jadi, ia bergantung kepada berapa lama dan efektif dia boleh kekal untuk satu-satu pasukan?.”

”Sekarang Chelsea memilikinya, untuk Ziyech sama ada dia boleh mencipta kemampuan sama seperti ketika bersama Ajax, yang bermaksud menjadi pemain penting buat pasukan.”

”Kita melihat pemain yang berkeyakinan tetapi dia boleh menjadi pemain yang lebih yakin dan berpengaruh dalam perlawanan.”

”Apa yang dilakukannya, dia merupakan pemain yang hebat dan dia akan berterusan untuk meningkatkan prestasinya,” tambah Melchiot lagi.

Kredit featured image: Chris Lee – Chelsea FC/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Hakim Ziyech:

Hakim Ziyech: Trio Terry, Lampard & Drogba Idola Saya Ketika Remaja

Jesper Gronkjaer Yakin Hakim Ziyech Mampu Menyinar Di EPL

Jesper Olsen: Tiada Keraguan, Hakim Ziyech Akan Berjaya Di Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN