Melaka United Sangkal Dakwaan Berbelanja Besar Hadapi Musim 2020

Melaka United

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Yang Berhormat (YB) Damian Yeo Shen Li menafikan dakwaan sebuah portal bahawa skuad Hang Tuah itu akan berbelanja besar bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Menurut sumber Bernama, Damian yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu telah mengambil langkah proaktif dengan penjimatan sebanyak RM50,000 sebulan selepas menandatangani kontrak seramai tujuh orang pemain setakat ini.

“Saya akan memberikan terma termasuk alternatif (kepada pemain) dan sekiranya tidak berpihak kepada persatuan, ia akan ditolak bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk MUSA, penaja, penyokong dan kebajikan para pemain.

“Namun pengurangan (kos) tersebut tidak bermakna kualiti bola sepak Melaka akan menurun, tetapi akan memberi saingan yang lebih hebat untuk musim Liga Malaysia 2020,” Damian bercakap kepada wakil Bernama.

YB Damian bersama ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan.

Seperti yang telah diumumkan kelmarin, Melaka United telah menawarkan kontrak lanjutan buat pemain pertahanan, Faris Shah Rosli dan S Deevan Raj yang beraksi di posisi sayap kanan.

Sementara itu, Khairul Fahmi Che Mat juga akan terus mengepalai benteng terakhir Melaka United susulan kontraknya masih berbaki setahun lagi.

Pada musim 2019, Melaka United menamatkan saingan Liga Super di tempat keenam dengan mengumpul 33 mata.

Bagi saingan piala pula, skuad yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dan sekadar beraksi di pusingan kedua Piala FA.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association (MUSA)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN