Quantcast

BERITA

FAM Jelaskan Terdapat Ralat Teknikal Pada Sistem Jualan Online TicketHotline

Sebentar tadi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan terdapat masalah teknikal bagi penjualan tiket dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan pasukan negara.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan akan berhadapan Thailand pada 14 November, dan kemudian Indonesia pada 19 November hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum ini FAM berkata tiket bagi kedua-dua perlawanan tersebut boleh mulai didapati secara atas talian bermula hari ini.

Kelewatan Disebabkan Masalah Teknikal Dihadapi TicketHotline

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) onĀ Wednesday, November 6, 2019

Namun demikian terdapat kesukaran bagi penyokong untuk mengesahkan pembelian selepas TicketHotline mengesahkan terdapat sedikit masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak mereka dan ia sedang cuba diselesaikan secepat mungkin.

“FAM akan memaklumkan kepada para penyokong Harimau Malaya menerusi Facebook dan Twitter rasmi kami sebaik penjualan tiket kedua-dua perlawanan itu sudah dibuka nanti,” ujar Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam melalui kenyataan tersebut.

Bagaimanapun penyokong Harimau Malaya boleh membeli tiket bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Malaysia lwn Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini (9 November 2019) yang dijual dengan harga serendah RM10 di www.tickethotline.com.my.