Melaka United mudah dijinakkan skuad Harimau Selatan selepas tewas 1-4 pada perlawanan suku akhir pertama saingan TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Melaka bermula dengan formasi 4-1-4-1 dengan menyaksikan Jasmin Mecinovikj diturunkan walaupun dilaporkan mengalami sedikit kecderaan sebelum ini. Manakala skuad JDT turun dengan formasi 4-3-3 dan meletakkan Junior Edstal bergandingan dengan Fadli Shas di bahagian pertahanan tengah.
Skuad kendalian Ulises Morais terlebih dahulu mengasak ke kubu tuan rumah melalui sepakan tepat Cabrera seawal minit pertama permainan, namun berjaya didakap kemas oleh Fazli Paat.
Tuan rumah turut membalas asakan, apabila pada berselang seminit kemudian, giliran Fauzi Roslan menguji Mohd Izham Tarmizi melalui sepakan lambung dari sebelah kanan pintu gol JDT, namun Izham dilihat mudah mengagalkan percubaan itu.
Pada minit ke-7, dengan tidak semena-mena serangan dan sepakan yang berpunca dari Cabrera di sebelah kanan pintu gol Melaka gagal ditangkap kemas oleh Fazli Paat membolehkan Mohamad Ghaddar menolak masuk seterusnya meletakkan skuad pelawat dihadapan.
Tersentak dengan gol ditempat lawan itu, skuad Hang Tuah kembali menyusun serangan dan mendapat satu sepakan percuma selepas Marko Simic dijatuhkan pertahanan lawan. Jasmin hampir menyempurnakan hantaran dari sepakan percuma itu, mujurlah Izham bertindak pantas menangkis percubaan itu.
Izham Tarmizi sekali lagi bertindak cemerlang apabila sekali lagi menggagalkan satu tandukan berbahaya oleh Felipe Souza dalam kotak penalti pada minit ke 21 seterusnya melegakan kem pasukan JDT.
Seakan tidak mahu terus ditekan, JDT kembali mengasak dan memperoleh gol kedua pada minit ke 34 melalui gerakan mirip gerakan gol pertama dan disudahkan sekali lagi oleh Mohamad Ghaddar, tetapi kali ini melalui tandukan.
Menjelang penghujung separuh masa pertama, skuad tuan rumah akhirnya berjaya merapatkan jurang melalui Marko Simic yang pantas menyambut hantaran G Puvaneswaran dari sebelah kiri pintu gol JDT, menjadikan kedudukan tamat 2-1 pada separuh masa pertama.
Bersambung separuh masa kedua, JDT dilihat masih belum mahu mengendurkan asakan dan terus menekan tuan rumah dengan serangan bertali arus melalui gandingan Guerra, Cabrera dan Safiq Rahim.
Pada minit ke-68, JDT terus unggul di hadapan melalui jaringan Ignacio Insa yang berpunca dari hantaran cantik Cabrera dari sebelah kanan pintu gol tuan rumah dan disudahkan melalui sentuhan kaki kanan Insa yang sama sekali sukar dipatahkan Fazli Paat.
Almeida cuba menambah kesegaran pada bahagian serangan dengan membawa masuk Jasmir Mehat dan Izzaq Faris, namun dilihat tidak banyak merubah tempo permainan skuad tuan rumah.
Malah jentera serangan JDT terus bernafsu dan menambah derita tuan rumah melalui gol ke-empat hasil sepakan leret Safiq Rahim dari sebelah kiri gawang tuan rumah.
Tamat perlawanan menyaksikan skuad kendalian Almeida bakal berhadapan tugas getir untuk bangkit di Larkin apabila perlu mencari jumlah jaringan yang besar di gelanggang keramat JDT dalam perlawanan kedua suku akhir yang bakal berlangsung pada 24 September ini.
Highlights perlawanan
Rangkuman dan aksi-aksi menarik Perlawanan Suku Akhir Pertama TM Piala Malaysia 2017 diantara pasukan Melaka United menentang Johor Darul Ta’zim pada 15hb September 2017 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Luaskan Kuasamu Johor.
———
Watch the highlight from TM Piala Malaysia 2017 Quarter Final 1st Leg match between Melaka United and Johor Darul Ta’zim on September 15th, 2017 at Hang Jebat Stadium, Melaka. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAllPosted by JOHOR Southern Tigers on Friday, September 15, 2017
Barisan pemain-pemain
Melaka United: Mohd Fazli Paat (PG), Mohd Faizal Muhamad, S Sivanesan (Ezrie Shafizie), R Surendran (K), Marko Simic (Izzaq Faris), Felipe De Souza, Jeon Woo Young, Fauzi Roslan (Jasmir Mehat), Jasmin Mecinovikj, Khair Jones, G Puaneswaran.
JDT: Mohd Afiq, Safiq Rahim, Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera (Safawi Rasid), S Kunalan, Fazly Mazlan (Azrif Nasrulhaq), Mohamad Ghaddar (Hazwan Bakri), Izham Tarmizi (PG, K), Junior Edstal, Fadhli Shas, Ignacio Insa.
Pengadil perlawanan: Khairulazuan Kidam
Kredit gambar: Johor Southern Tigers
Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Nurazree Mahmud. Jika anda berminat untuk menerbitkan artikel tulisan anda di Semuanya BOLA, hantarkan artikel anda ke [email protected].