AFF B-18: Malaysia Singkirkan Myanmar, Tempah Slot Final Menentang Thailand

Malaysia dan Thailand mengulangi episod pertarungan skuad B-23 pada Sukan SEA lalu dengan mara ke final kejohanan Piala AFF B-18.

Kedua-dua pasukan sudah pun bertemu di peringkat kumpulan sebelum ini. Perlawanan berakhir dengan 1-1. Kedua-dua pasukan mara ke final setelah menewaskan lawan masing-masing dalam penentuan sepakan penalti.

Malaysia dan Myanmar beraksi dalam perlawanan yang disaksikan oleh 20,000 penonton yang hadir memberikan sokongan padu kepada tuan rumah.

Perlawanan berakhir dengan 0-0 dan Malaysia menang 5-4 di dalam penentuan sepakan penalti. Penyerang B-18 kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak berkata:

“Kami gembira dengan dengan kemenangan hari ini. Myanmar memberikan cabaran hebat tetapi kami terus fokus di dalam perlawanan. Itulah faktor kemenangan kami. Ia perlawanan yang sukar.”

Perlawanan di antara pasukan Myanmar dan Malaysia dianggap antara yang menghiburkan di dalam kejohanan ini. Begitu juga dengan perlawanan di antara Thailand dan Indonesia dalam sepak mula lebih awal.

Pemain kedua-dua pasukan, Myanmar dan Malaysia menunjukkan disipilin dan kesungguhan yang sangat tinggi. Myanmar dilihat sebagai pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama.

Mereka banyak mencipta peluang yang membuatkn penyokong mereka bangkit daripada tempat duduk. Paye Sone Naing mensia-siakan peluang pada minit akhir separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan menyajikan aksi saling berbalas serangan namun sayangnya barisan hadapan agak tumpul.

Myanmar juga kerap menghadirkan ancaman daripada sepakan percuma. 2 kali penjaga gol Malaysia, Muhammad Azmi dipaksa melakukan ‘save’ penting.

Dalam penentuan sepakan penalti, Muhammad Azmi meneruskan aksi cemerlang beliau dengan menafikan percubaan Than Htike Zin dan Aung Wunna Soe untuk memberikan Malaysia kemenangan 5-4.

Malaysia boleh menang lebih awal tetapi Ammar Akhmali Alias melakukan cubaan penalti terakhir yang terkena tiang.

Saksikan drama penentuan penalti di sini:

Tamat perlawanan, pemain tengah Myanmar, Lwin Moe Aung berkata:

“Dalam penalti, apa yang penting adalah nasib dan nasib itu tidak menyebelahi kami. Kami sudah cuba yang terbaik untuk menceriakan rakyat Myanmar tetapi kami gagal memberikan keraian kepada mereka malam ini.”

Lawan Malaysia adalah pasukan Thailand yang berhadapan dengan pasukan Indonesia sebelum sepak mula Myanmnar vs Malaysia.

Perlawanan turut berakhir 0-0 dan Thailand menang 3-2 dalam penentuan sepakan penalti.

Perlawanan akhir dan penentuan tempat ke-3 akan berlangsung pada esok, 17 September 2017. Indonesia akan turun menentang Myanmar pada pukul 3 petang. Perlawanan akhir di antara Malaysia vs Thailand adalah pada pukul 6 petang.

Tahniah buat skuad Malaysia! Tidak lupa juga terima kasih kepada pengulas Indosiar yang sangat bersemangat ulasannya menjadikan drama penalti itu sangat mendebarkan!

Sumber

Asean Football – http://www.aseanfootball.org/v2/2017/09/u18-malaysia-take-thailand-final/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN