Melaka United Jadi Tempat Gary Steven Robbat Buktikan Kemampuan Sebenar

Melaka United Gary Steven Robbat
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pemain tengah Melaka United, Gary Steven Robbat menyifatkan aksi pertama menentang Sri Pahang sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung cukup penting untuk membuktikan kehadirannya selaku pemain pinjaman adalah berbaloi.

Gary yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT II) pada pertengahan musim ini tidak menolak minit permainan menjadi pendorong dirinya memilih untuk menyertai Melaka.

Justeru, seandainya diberi peluang untuk membarisi skuad utama, pemain berusia 29 tahun ini mahu memberi impak besar kepada pasukan dan untuk itu, aksi pertama pada 25 Julai ini sangat penting kepadanya sebagai penanda aras agar terus diberi kepercayaan bagi perlawanan akan datang.

“Pertama sekali, saya kena pastikan saya dapat kepercayaan yang tinggi daripada jurulatih bahawa saya mampu untuk memberikan sesuatu kepada pasukan.

“Memang minit permainan yang saya cari, tetapi saya nak bina dahulu tahap keyakinan bersama pasukan di sini untuk saya beri komitmen yang tinggi.

“Sasaran awal saya adalah untuk perlawanan pertama menentang Pahang nanti di mana daripada situlah akan dapat menentukan bahawa saya mampu membantu pasukan atau tidak.

“Dekat perlawanan itu nantilah saya akan dapat tunjukkan sejauh mana komitmen saya kepada Melaka,”jelasnya.

Menyedari Melaka ketika ini berada dalam zon penyingkiran, Gary tidak menolak cabaran berbeza dialaminya di mana kerja keras amat diperlukan untuk mengembalikan pasukan ke kedudukan yang lebih baik selepas ini.

Jika dibandingkan ketika bersama JDT II, dia menyifatkan persaingan antara rakan sepasukan adalah sama di mana semua pemain tidak kira pasukan mana sekalipun sentiasa beri komitmen yang tinggi untuk bantu pasukan.

“Bagi saya, persaingan itu sama sahaja sebab semua pemain tidak kira dalam JDT II atau Melaka sekalipun, semua memberikan komitmen yang tinggi dalam latihan.

“Jadi, saya memang kena kerja lebih keras dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberi dalam pasukan ini.

“Saya punya misi adalah untuk cuba membawa keluar Melaka daripada zon penyingkiran terlebih dahulu kerana itu yang paling penting ketika ini,” jelasnya.

Melaka kini berada di tangga ke 11 Liga Super selepas 13 perlawanan dan hanya berjaya mendapatkan tiga kemenangan sahaja setakat ini. – MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN