Melaka United menjadi pasukan pertama Liga Malaysia pada 2021 menerima hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat masalah tunggakan gaji.
Skuad Hang Tuah didapati gagal melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import musim lalu dari Thailand, Narupon Wild dalam tempoh 45 hari bermula pada 12 November lalu. Jumlah yang perlu dilangsaikan oleh mereka adalah RM241,726.69.
Narupon Wild menyertai Melaka United pada Februari 2020 sebelum meninggalkan pasukan pada Julai 2020, sebulan sebelum Liga Super kembali bersambung, selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak Mac.
Naruphon Putsorn Lengkapkan Import Melaka United Musim 2020 https://t.co/H3fS5Y9yxj pic.twitter.com/QBktCQNIDt
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 9, 2020
Hadir ke Melaka dengan misi untuk bangkit
Walaupun hanya sempat tampil sebanyak empat kali bersama mereka dan kontraknya sepatut berakhir pada November, pemain berusia 32 tahun itu bertindak meninggalkan pasukan lebih awal selepas Melaka United telah gagal membayar gajinya.
Beliau hadir sebagai pemain import terakhir pasukan di saat kariernya sudah kurang menjadi di Thai League selepas permulaan yang baik bersama dua buah kelab, Bangkok United dan BBCU FC. Beliau juga membantu mereka meraih promosi.
Disebabkan karier yang baik dan juga kapten BBCU FC yang meraih promosi ke Thai League 1, Narupon Wild telah dipinang Buriram United dan dari situlah kariernya mula menjunam apabila sudah mula jarang membuat penampilan di padang.
Sebelum menyertai Melaka United pada musim 2020, Narupon Wild hanya tampil lapan kali bersama kelab terakhirnya di Thai League 1, Nakhon Ratchasima FC.
Melaka United vice president Yusoff Mahadi said his management team will negotiate with Naruphon Wild Putsorn over his four-month unpaid salaries.
This comes after the Thailand midfielder submitted an official complaint to FIFA, after terminating his contract on July 24.
— Dandelion Biru (@newdandbiru) August 4, 2020
Tidak keseorangan, Curran Ferns juga alami masalah sama
Walaubagaimanapun, segalanya tidak berjalan lancar buat dirinya apabila bersama skuad Hang Tuah. Disebalik gajinya tertunggak, beliau juga mengalami masalah peribadi apabila terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk tinggal di negara ini, malah, isteri Narupon Wild juga sedang mengandung ketika itu.
Disebabkan tekanan kewangan dan isterinya yang sedang mengandung, Narupon Wild akhirnya meninggalkan pasukan dan membawa kes tersebut kepada FIFA.
Dan bukan hanya beliau seorang melalui masalah ini, rakan sepasukannya yang merupakan pemain kacukan Malaysia-Australia, Curran Ferns turut mengambil langkah yang sama meninggalkan pasukan pada Julai 2020, selepas gaji tertunggak.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengarahkan mereka untuk membayar tunggakan bernilai RM97,500 kepada Curran Ferns sebelum 17 Februari ini.
#bolatime #melaka Bekas pemain Melaka, Curran Ferns gembira dan berpuas hati apabila keputusan membabitkan tunggakan gaji akhirnya berpihak kepadanya. https://t.co/OKTrXBsJwg
— Harian Metro (@hmetromy) January 16, 2021
Batal lesen dan singkir daripada Liga Super
Melaka United mungkin bernasib baik apabila Curran Ferns hanya membawa kes tersebut kepada FAM. Namun, Curran Ferns amat berharap hukuman setimpal dapat diberikan kepada mereka, jika didapati gagal melunaskan tunggakan gaji itu.
Bercakap kepada New Straits Times, pemain berusia 27 tahun itu mahukan Melaka United dibatalkan lesen dan juga menyingkirkan mereka daripada Liga Super.
Untuk rekod, Melaka United pernah dipotong tiga mata pada awal musim 2020 kerana gagal membayar tunggakan gaji mengikut jadual yang ditetapkan selain FAM turut dilihat memberikan kelonggaran sebanyak dua kali kepada mereka untuk cuba menyelesaikan isu tunggakan gaji pada musim lalu.
Untuk hukuman FIFA atas kes Narupon Wild, Melaka United mengesahkan mereka tidak boleh mendaftar pemain baharu pada jendela perpindahan kedua nanti. Mengikut jadual, pendaftaran kedua akan dibuka pada 12 Julai sehingga 8 Ogos 2021.
KREDIT FEATURED IMAGE: FIFA
Baca lagi artikel lain mengenai Melaka United:
3 Perkara Selepas Zainal Abidin Hassan Kekal Di Melaka United
Adakah Melaka United Akan ‘Tewas’ Sebelum Gelanggang Liga Super Dibuka?
Ini Mungkin Jawapan Kepada Ramli Junit Tentang Melaka United