Melaka United FC Tak Rancang Jadi ‘Reserve Team’

Melaka United FC
Champions League: 2024-25 play-off draw Loading official content
Champions League: 2024-25 play-off draw
Check out how the 2024/25 Champions League play-off matchups turned out.
0 seconds of 39 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:39
00:39
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot Behind the scenes: PSG celebrate victory over Brest and advance to UCL knockout round Lopetegui expects great things from Sergio Ramos at Monterey Lyon's 10 goals in 3 games under Paulo Fonseca Giorgia Arrigoni on her contract renewal with Milan Rebecca Knaak: ‘The cross-border duel is always something special’ Ancelotti: 'Mbappé can reach Cristiano Ronaldo's level at Real Madrid' Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions Pitchside Angle: Pato nets brace as Borneo beat Barito Putera The best of Vitinha at PSG Rodgers calls for fearless play from Celtic against Bayern Munich João Félix reveals the meaning behind his nickname Jota's first goal back at Celtic Park Lihat lebih video OneFootball di OneFootball

Penolong pengurus Melaka United FC, Fairullizam Isahak menegaskan pasukan itu tiada dalam perancangan menjadi ‘Reserve Team’ kepada pasukan Melaka yang kini bersaing di Liga Super.

Malah beliau sendiri turut mengesahkan bahawa Melaka United FC tidak mengambil slot SAMB FC yang menarik diri atau dijenamakan semula seperti diwar-warkan sesetengah pihak.

SAMB FC pada musim 2019 beraksi dalam saingan Liga M3 dan menamatkan kempen di tempat kesembilan selepas mengumpul 33 mata hasil sembilan kemenangan, enam keputusan seri dan 11 kekalahan.

Menurut Fairullizam, pasukan itu wujud atas entiti baharu setelah pihak Amateur Football League (AFL) menerima permohonan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) selaras dengan penstrukturan semula Liga M3 yang meningkatkan penyertaan daripada 14 kepada 20 pasukan.

“Ada beza sebenarnya antara nama pasukan di Liga Super iaitu Melaka United manakala kami adalah Melaka United FC, ia hampir sama seperti pasukan Johor FA dan Johor FC, satu ketika dahulu.

“Pasukan ini adalah skuad pembangunan dan bukannya mahu menjadi ‘Reserve Team’ kepada Melaka United buat masa ini kerana kami bersaing di Liga M3.

“Berdasarkan perancangan kami, pasukan ini mahu menjadi platform kepada anak-anak Melaka meneruskan karier mereka selepas tidak boleh bermain di skuad Piala Presiden dan purata umur mereka 22 hingga 25 tahun.

“Buat masa ini, hampir semua pemain dalam pasukan ini adalah anak Melaka dan hanya empat sahaja daripada 28 pemain datang dari luar iaitu Terengganu dan Kelantan.”

Sebelum ini, pemilik kelab, Yang Berhormat (YB) Damian Yeo Shen Li menegaskan matlamat utama kelab tersebut adalah untuk melahirkan pemain dari peringkat akar umbi.

“Kelab ini ditubuhkan untuk menghasilkan darah baharu seperti apa yang selalu disebutkan sebagai misi 04, iaitu misi akar umbi untuk melahirkan pemain-pemain muda,” ujar Damian kepada wartawan Bernama.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN