Messi Catat Kemenangan Ke-500 Bersama Barca Dalam Kemenangan 5-0

Messi meledak du kali ketika Barcelona kembali ke landasan kemenangan selepas kekalahan pertama mereka di bawah Quique Setien pada minggu lalu.

Kali ini Barcelona membaham Leganes 5-0 dalam aksi Copa Del Rey pada pusingan 16 akhir.

Kekalahan 2-0 Barcelona di tangan Valencia pada Sabtu lalu membuatkan mereka turun daripada singgahsana La Liga kepada Real Madrid pada ketika ini.

Dalam aksi berhadapan Leganes, Quique Setien menurunkan pasukan terkuatnya.
Antoine Griezmann mengambil kurang empat minit untuk membuka tirai jaringan.

Griezmann melakukan kawalan bola kemas dan merembat rendah menewaskan penjaga gol.

Ini diikuti oleh gol Clement Lenglet sebelum perlawanan memasuki setengah jam aksi.

Messi menambahkan lagi kelebihan gol mereka dengan satu penyudah yang tipikal Messi. Beliau menggelecek lawannya di dalam keadaan ruang yang sempit dan melepaskan rembatan pada masa yang tak diduga.

Pemain gantian, Arthur menjaringkan gol keempat untuk Barcelona.

Dan gol kelima perlawanan, hadir menerusi kapten Messi sekali lagi.

https://twitter.com/i/status/1222985113094541315

Kemenangan besar itu membolehkan Barcelona mara ke pusingan suku akhir Copa Del Rey musim ini.

Messi kini sudah mencatatkan 500 kemenangan bersma dengan Barcelona di dalam kariernya. Messi memang pemain yang paling banyak mencatat kemenangan bersama Barcelona di dalam sejarah kariernya.

Kejayaan ini juga hanya dicatatkan oleh Lionel Messi setakat ini – sebagai pemain pertama yang memenangi 500 perlawanan di Sepanyol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN