Melaka United Bakal Dapat Jurulatih Baharu Musim Depan?

Lee Chang Hoon

Status E.Elavarasan sebagai pengendali Melaka United musim depan menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan nama jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim kini dikaitkan bakal mengendali skuad negeri itu musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kepada Berita Harian, mengesahkan memang ada usaha beberapa pihak membawa jurulatih itu membimbing Melaka United musim depan, namun setakat ini tiada rundingan lanjut.

“Kami pastinya mahu mengekalkan Elavarasan yang cemerlang meletakkan United ke saingan Piala Malaysia selain kekal di Liga Super musim depan selepas mengambil alih tugasan daripada Eduardo Almeida pada pertengahan musim.

“Namun, semuanya terpulang kepada beliau (Elavarasan) dan pengurusan baharu tahun depan,” katanya.

Dibawah kendalian E.Elavarasan, Melaka United telah mempamerkan beberapa peningkatan.

Yusof Mahadi turut menjelaskan pemilihan jurulatih dan pemain baharu musim depan bergantung kepada bajet persatuan bagi menghadapi musim baharu dengan keputusan akhir di tangan Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari.

Mereka juga hanya mengekalkan seorang pemain import dengan melepaskan empat pemain import yang lain bagi saingan Liga Super musim 2019.

Naib Presiden MUSA, Mohd Ashiq Abd Samad mengesahkan hanya Ifedayo Olusegun yang mungkin dikekalkan, manakala Yahor Zubovich (Belarus), Shahdan Sulaiman (Singapura), Steven Thicot (Perancis) dan Lee Chang Hoon (Korea Selatan) tidak akan disambung kontrak.

Ifedayo Olusegun. Gambar: MFL

Ifedayo yang juga bekas penyerang FELDA United, kelahiran Nigeria nyata masih diperlukan buat pasukan berdasarkan prestasi semasanya sepanjang beberapa bulan bersama pasukan.

“Dia bakal digandingkan dengan import baharu serta pemain tempatan lain yang dikekalkan membarisi pasukan.

“Mengekalkan Ifedayo bukan bermakna import lain tidak cemerlang, malah mereka juga bertindak agresif untuk membantu kejayaan skuad Hang Tuah layak ke Piala Malaysia musim ini. Namun, kami mahu memberi nafas lebih segar dengan kehadiran awang import baharu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN