Melaka Sah Kekal Di Liga Super, Tewaskan Selangor 2-1!

Akhirnya pasukan yang berbelanja besar, Melaka berjaya mengekalkan status mereka dalam Liga Super untuk musim hadapan.

Kemenangan Melaka ke atas Selangor di Stadium Hang Jebat adalah kemenangan ‘besar’ mereka pada musim ini. I

2 gol Melaka dihasilkan oleh Jasmin Mecinovic pada minit ke-5 dan juga Marko Simic pada minit ke-42. Selangor merapatkan kedudukan menerusi Rufino Segovia pada minit ke-52.

12 mata !

Melaka berjaya mendapat 12 mata daripada 12 mata yang ditawarkan dalam 4 perlawanan Liga Super terakhir mereka selepas tewas di tangan Pahang 2-0.

Mereka kemudiannya mencatatkan kemenangan ke atas Sarawak, T-Team, Perak dan Selangor.

Kemenangan ke atas Sarawak dan T-Team adalah kunci penting dalam usaha mereka untuk kekal kerana 2 pasukan tersebut juga dalam pertarungan untuk mengelakkan daripada penyingkiran.

Dengan prestasi buruk pasukan seperti Kelantan dan Sarawak, Melaka berjaya memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Tahniah Melaka

Tahniah pasukan Melaka kerana berjaya kekal untuk Liga Super musim hadapan. Diharap pihak pengurusan Melaka mengambil banyak pelajaran daripada apa yang berlaku musim ini.

Mereka antara pasukan yang banyak berbelanja untuk perpindahan pemain namun masih gagal memberikan persaingan kejuaraan seperti yang dijangka oleh ramai pemerhati bola sepak pada awal musim.

Perlawanan terakhir Melaka adalah berhadapan dengan pasukan Kelantan. Dan sudah pastinya Melaka mahu menamatkan saingan di tempat sendiri dengan malam penutup dan selamat tinggal kepada penyokong mereka dengan kemenangan!

Kredit foto: Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN