Felda United Mahukan Penjelasan Kenapa Tarikh Dan Venue Perlawanan Ditukar?

Jadual perlawanan Liga Super di antara Felda United telah ditunda ke satu tarikh yang baru pada malam ini 28.9.2017.

Dalam siaran rasmi FMLLP, mereka merujuk perkara tersebut sebagai surat penerimaan permohonan untuk menukar tarikh dan venue perlawanan.

Pada awalnya peminat menjangkakan ia atas permintaan Felda United kerana adanya acara pesta buah-buahan yang berlangsung di Jengka. Lagipun maklum balas daripada FMLLP juga merujuk kepada permintaan daripada pasukan yang berlawan.

Namun pihak Felda United menafikan hal tersebut. Pihak Felda United tidak pernah meminta hari perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 27 September itu ditukar ke tarikh baharu dan tidak pernah meminta pertukaran venue perlawanan.

Menerusi sumber Berita Harian, pihak Felda United kecewa dengan perubahan jadual dan venue itu yang dilakukan kurang 24 jam daripada tarikh asal perlawanan. Mereka berkata:

“Kami terkedu kerana kami tidak dirujuk berkenaan perkara ini. Tambahan pula, sebarang pertukaran perlu dilakukan 48 jam sebelum perlawanan.”

“FMLLP memaklumkan kepada kami kurang 24 jam dan ini menyalahi peraturan,” kata sumber berkenaan.”

Mereka juga menuntut penjelasan segera daripada pihak FMLLP berhubung isu ini.

“FMLLP perlu memberikan penjelasan segera tentang perkara ini. Amat mengecewakan kerana kami sudah merancang aktiviti sampingan di Jengka bagi mempromosikan perlawanan ini. Sekarang kami terpaksa membatalkannya.”

Pengendali B. Sathianathan pula mengambil pendekatan tidak mahu memberikan apa-apa komen. Beliau mengakui terpaksa menukar jadual latihan para pemain di saat-saat akhir.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

“Kami sepatutnya ke Jengka selepas latihan sesi pagi, tetapi diberitahu pada jam 3 petang yang perlawanan dipindahkan ke Shah Alam.”

Beliau menegaskan yang beliau akan menjalankan sahaja tugas seperti yang diarahkan oleh pihak majikan.

Sumber

Bharian – https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/09/330945/felda-utd-terkedu-layanan-istimewa-fmllp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN