Penyerang naturalisasi skuad negara, Guilherme de Paula nampaknya akan menyertai kelab M3, Melaka FC, menurut perkhabaran oleh Astro Arena.
Menurut laporan oleh wartawan mereka, Yeoh Pek Xian, de Paula dilaporkan akan menyertai Melaka yang akan bersaing di Liga M3 pada musim 2023.
Waima dilanda pelbagai kontroversi disebalik penyertaan mereka di saingan Liga Malaysia selepas masalah tunggakan gaji Melaka United pada musim lalu, ia tidak menghentikan persiapan pasukan ‘pendua’ mereka musim ini.
Pek Xian membuat ciapan di Twitternya tentang khabar tersebut dengan kenyataan, “Guilherme de Paula sertai Melaka FC menjelang saingan Liga M3 musim 2023?” Ia umpama memberi jawapan dalam persoalan.
Ini kerana ciapan itu mendapat ciapan semula daripada rakan sekerja, Zulhelmi Zainal Azam yang mengatakan perbincangan mengenainya sedang berlangsung antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka.
JUST IN. Melaka FC dalam rundingan dapatkan pemain JDT, difahamkan penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula seperti yang dilaporkan @syennn__ ⤵️ https://t.co/7mlFIODXC6
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 18, 2023
Menjadi persoalan adalah, bagaimana pasukan yang masih ada masalah tunggakan gaji boleh lagi merekrut pemain? Adakah ia berstatus pinjaman?
Ini kerana, seperti yang kita tahu, de Paula masih memiliki kontrak dengan JDT dan sebelum ini difahamkan skuad Harimau Selatan dalam proses meminjamkan sejumlah pemain mereka ke pasukan Liga Malaysia.
Antara pemain yang telah dipinjamkan ke pasukan lain adalah seperti Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq yang menyertai Sri Pahang selain Daniel Ting ke Sabah FC dan beberapa lagi pemain.
Ini kerana, dengan pengenalan Liga MFL yang merupakan pentas skuad B-23 pasukan, peluang untuk pemain-pemain senior bermain akan terhad.
Sebelum ini, majoriti pemain-pemain ini bermain di JDT II di Liga Premier.
TMJ: JDT Akan Pinjamkan Beberapa Pemain Senior Pasukanhttps://t.co/RcyWZZ18Aw pic.twitter.com/4ugA5UItV4
— VOCKET FC (@vocketfc) December 1, 2022
Perkhabaran de Paula ini dikuatkan dengan kenyataan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad kepada Pek Xian dalam satu temu bual dengan Astro Arena, hari ini.
Beliau tampil mengatakan kepada wartawan Astro Arena, “Saya menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi berbincang dan memberi peluang untuk pemain tersebut memilih pasukan mereka.”
“Dan saya tak boleh sahkan lagi tetapi bila pemain itu sudah ‘report’ kepada saya, bolehlah saya jelaskan sama ada pemain itu mahu bermain untuk pasukan Melaka,” tambah Nur Azmi lanjut mengenainya.
Adakah de Paula pemain yang dimaksudkannya? Dengan Astro Arena sudah menyatakan namanya, ia seperti memberi jawapan dalam persoalan.
Selamat datang ke pentas saingan M3, ‘Lord’ de Paula untuk musim 2023!