Mehmet Tetap Optimis Perak Mampu Lakar Kejutan Walaupun Ketiadaan Beberapa Pemain Utama

Perak

Perak sedikit tempang pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 tempohari apabila ketiadaan beberapa pemain utama yang dilanda kecederaan dan juga tidak dapat beraksi akibat ‘gentlement agreement’ yang melibatkan Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaludin.

Walaupun Perak akan terus berdepan dengan situasi yang sama di Larkin pada Sabtu ini, pengendali Perak, Mehmet Durakovic tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya menjelang pertemuan kedua separuh akhir Piala Malaysia nanti.

Skuad The Bos Gaurus itu terlebih dahulu kehilangan khidmat pemain tengah, Hafiz Kamal yang mengalami kecederaan Ligamen ketika sesi latihan pada bulan lalu.

Sudah jatuh ditimpa tangga ! Itulah pepatah yang sesuai untuk diungkapkan buat Perak apabila pemain import, Yashir Armando Pinto Islame pula mengalami kecederaan tendon pada perlawanan Liga Super ketika bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat, 20 September lalu.

Kecederaan yang dialami Hafiz dan Pinto mengakibatkan mereka berdua terpaksa melupakan baki perlawanan hingga tamat musim ini.

Tidak cukup dengan itu, Perak juga terpaksa melupakan khidmat dua orang pemain yang direkrut dari JDT pada awal musim iaitu Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaludin akibat ‘gentlement agreement’ yang dimeterai.

Perjanjian itu menyaksikan kedua-dua pemain tersebut tidak dibenarkan beraksi pada mana-mana perlawanan menentang JDT musim ini.

Berita kecederaan pemain Perak tidak terhenti disitu sahaja apabila tonggak utama dari Brazil, Leandro Dos Santos pula dirundung malang apabila turut mengalami kecederaan menjelang pertemuan separuh akhir pertama tempohari dan kini beliau masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tersebut.

Masalah yang kian meruncing buat kem pasukan Perak itu tidak membuatkan semangat Mehmet luntur untuk melihat anak buahnya mencipta kejutan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.

Bercakap kepada Utusan Online, Mehmet tetap meletakkan keyakinan yang tinggi buat anak buahnya.

“Sudah pasti ia merupakan satu kekurangan kerana kita bercakap tentang lima pemain dan bukannya satu atau dua yang boleh diganti. Kita akan terus berlawan dengan apa yang kita ada dan cuba mencipta satu sejarah.

“Namun, ia pastinya bukanlah suatu yang mudah. Mereka (JDT) mempunyai pemain tempatan dan import terbaik, segalanya, tetapi kita akan tetap memberikan saingan yang hebat,” kata Mehmet Durakovic.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN