Perak pulang hampa. Tetapi bagi pengendali pasukan, Mehmet Durokovic, pemain-pemainnya telah memberikan aksi terbaik di perlawanan akhir Piala FA, yang menyaksikan Kedah merangkul kejuaraan selepas melalui masa tambahan.
Untuk itu, Mehmet tetap berbangga kerana pemain-pemainnya telah menampilkan aksi terpuji sepanjang tempoh perlawanan.
Untuk rekod Mehmet telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia sebagai pemain, dan juga sebagai jurulatih bersama Perak pada musim lalu. Namun Mehmet belum pernah mengecapi sebarang kejuaraan di pertandingan Piala FA.
36′ | FREE HEADER OLEH CARECA
Careca sekali lagi cuba menjaringkan gol pertama malam ini tetapi tandukan beliau sedikit tersasar daripada gawang gol Ifwat Akmal.#ShopeePialaFA2019#MFLLive#PRKKED pic.twitter.com/NS1pPV6hrQ
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019
“Pasukan saya beraksi dengan amat baik tetapi itulah bola sepak dan saya mengucapkan tahniah kepada Kedah”
Ini merupakan kata-kata oleh ketua jurulatih Perak TBG, Mehmed Durakovic selepas tamat perlawanan akhir #ShopeePialaFA2019.
#MFLLive
#PRKKEDPosted by Malaysian Football League on Saturday, July 27, 2019
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, beliau dipetik sebagai berkata:
“Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik dan mempamerkan corak permainan menyerang namun keadaan padang yang lembut sedikit memberi kesan kepada kami,” kata Durakovic seperti yang dilaporkan melalui Berita Harian.
Durokovic turut berpendapat layangan kad kuning kedua terhadap Amirul Azhan pada babak akhir masa sebenar memberikan impak kepada prestasi pasukan, dan membenarkan Kedah mengambil kesempatan dengan jumlah pemain yang ada.
“Kita sepatutnya memenangi perlawanan ini dengan mudah namun kad kuning kedua itu mengecewakan kami.
“Apapun, Kedah adalah pasukan yang baik dan saya bangga dengan pemain yang menunjukkan semangat juang sehingga wisel penamat dibunyikan.”
70′ | BAGAIMANA BOLA TIDAK MASUK?
Ini merupakan peluang terbaik setakat ini dalam perlawanan akhir #ShopeePialaFA2019, selepas percubaan Brendan Gan dinafikan oleh Ifwat sebelum sepakan susulan Ronaldo berjaya dikawal oleh pertahanan Kedah.#MFLLive#PRKKED pic.twitter.com/Ao00q1anVF
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019
Perak sendiri terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini ketika tempoh masa sebenar.
Gol tunggal dan kemenangan Kedah dijaringkan oleh pemain gantian, Mohd Fadzrul Danel pada minit ke-105 perlawanan.