VIDEO: Gitar Solo ‘Negaraku’ Man Kidal Tampil Kelainan Di Perlawanan Akhir Piala FA

Buat pertama kali dalam sejarah, lagu kebangsaan ‘Negaraku’ telah dinyanyikan di Stadium Nasional Bukit Jalil diiringi oleh gitar solo dari pemain gitar legenda, Man Kidal.

Man Kidal bukanlah watak yang asing dalam industri hiburan negara. Merupakan pemain gitar kumpulan rock terkenal, Lefthanded, beliau juga merupakan seorang komposer.

Malah penampilan beliau yang nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Mahmood menerima tepukan gemuruh lebih 80,000 penyokong kedua-dua pasukan Perak dan Kedah yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang.

Antara lagu ciptaan Man Kidal ialah Perjalanan Cinta Abadi – Lefthanded (Ramli Sarip & Man Kidal/Ramli Sarip); Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi – Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/S. Amin Shahab); Maya Persada – Lefthanded (Man Kidal/A.J); dan banyak lagi.

Kedah muncul juara Piala FA selepas menewaskan Perak 1-0 hasil jaringan tunggal Fadzrul Danel pada masa tambahan.

Untuk rekod ini adalah kejuaraan ke-5 Kedah di Piala FA, selepas turut pernah bergelar juara pada 1996, 2007, 2008 dan 2017.

Kami kongsikan sekali lagi alunan gitar ‘Negaraku’ dari Man Kidal di perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN