Mehmet Durakovic Sebenarnya Sudah Tandatangani Kontrak Dengan Selangor

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Perancangan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan sedikit terjejas apabila mereka terpaksa mencari Ketua jurulatih baharu menggantikan Mehmet Durakovic yang memilih untuk kekal dengan Perak.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon, beliau berkata jurulatih dari Australia itu sebenarnya sudah menandatangani kontrak yang sah dua bulan lalu dan bukan memorandum persefahaman (MOU) seperti yang digembar-gemburkan.

Bercakap kepada Stadium Astro, Johan menjelaskan kontrak yang ditandatangani Durakovic dua bulan lalu jelas menunjukkan bekas pengendali Selangor itu sah milik The Red Giants bagi musim 2019.

Mehmet Durakovic kekal mengendalikan pasukan Perak musim depan. FOTO: PAFA

Dan apabila Durakovic membuat pusingan ‘U’ untuk kekal sebagai pengendali Perak musim depan, ia telah menjejaskan perancangan mereka untuk membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi saingan yang lebih mencabar tahun depan.

“Kami telah lama merancang dan telah menandatangani jurulatih itu.

“Kami telah mencuba mendapatkan pemain seperti yang dimahukannya dan apabila perkara ini berlaku minggu lepas, ia sememangnya menjejaskan perancangan kami,” katanya.

Namun melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FAS hari ini, Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, memilih untuk tidak memanjangkan isu itu dan sedang menimbangkan calon jurulatih yang lain.

“Beberapa hari lalu En. Durakovic telah menghadap Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga merupakan Presiden FAS, untuk menyatakan hasrat beliau untuk terus bersama dengan pasukan Perak FA.

“Tuanku Presiden telah mempertimbangkan perkara ini dan bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut mengenangkan En. Durakovic telah banyak berjasa kepada pasukan Selangor sepanjang kerjaya bola sepak beliau.

“Seterusnya, pihak pengurusan ingin memberi jaminan kepada semua penyokong setia pasukan Merah Kuning bahawa kami sedang mempertimbangkan calon-calon jurulatih tempatan dan antarabangsa yang terbaik untuk mengendalikan pasukan Selangor bagi Liga Super musim 2019,” kata kenyataan itu.

Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga merupakan Presiden Selangor FA. FOTO: FAS

Semalam, pengurus pasukan Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad mengesahkan jurulatih FELCRA FC dari Brazil, Tarcisio Pugliese antara calon pilihan seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

“Kami memang pernah berbincang dengan Pugliese kerana beliau jurulatih asing yang ada (bebas kontrak). Tapi kita juga ada dua, tiga calon jurulatih asing dari luar negara yang berada dalam senarai.

“Jurulatih luar ini kami lihat mempunyai pencapaian yang bagus cuma apa yang sedikit membimbangkan adalah mereka tidak ada pengalaman di sini dan tidak mengenali pemain kita.

“Apapun kami akan putuskan siapa jurulatih Selangor minggu depan sebelum buat pengumuman rasmi,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN