Mehmet Durakovic Harap Perak Bangkit Di Ipoh

Mehmet Durakovic

Kekalahan 1-2 pasukan Perak kepada PKNS FC dalam saingan suku akhir pertama Shopee Piala FA di Stadium Shah Alam semalam tidak begitu mengecewakan pengendali pasukan itu, Mehmet Durakovic.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengharapkan agar anak buahnya kembali bangkit di Ipoh dan mengakui Perak membawa bekalan satu gol yang cukup berharga.

“Inilah bola sepak. Kami mendapat gol di masa kecederaan, jadi kami perlu meneruskan perjuangan di laman sendiri nanti.

“Satu gol ini penting kerana ia telah menghidupkan kembali peluang kami dalam saingan ini dan saya merasakan kami layak mendapat gol itu.

“Untuk aksi timbal balik nanti, saya berharap kami dapat beraksi di Ipoh kerana sudah tentunya suasana di sana lebih baik,” katanya.

Selepas selesai dibaik pulih, Stadium Ipoh dijangka sudah boleh digunakan skuad The Bos Gaurus bermula bulan ini.

Bagaimanapun pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu terhadap pencahayaan stadium itu minggu depan sebelum membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara tersebut.

Perak yang hadir dengan kesebelasan terbaik malam ini dilihat bergelut untuk mencari penyudah meski pun memperoleh beberapa peluang terbaik di hadapan gol.

Sebaliknya, tuan rumah, PKNS FC yang lebih pasif berjaya memanfaatkan sepenuhnya peluang dengan menjaringkan dua gol menerusi Faris Ramli pada minit ke-25 dan Safee Sali tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Gol saguhati Perak hadir di masa kecederaan apabila pengadil menghadiahkan penalti dan ianya telah disempurnakan oleh Wander Luiz.

Tamat 90 minit perlawanan keputusan kekal PKNS 2 – 1 Perak. Hanya satu gol sahaja bekalan selesa buat PKNS untuk aksi timbal balik di Stadium TLDM Lumut dua minggu lagi.

Pastinya peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasukan mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN