Mehmet Durakovic Anggap Perak Tidak Bernasib Baik

Kejayaan menewaskan juara Piala FA 2017, Kedah dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 beberapa hari sebelum ini gagal diteruskan selepas tewas 2-0 di tangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium TLDM, Lumut malam tadi.

Perak berusaha keras bagi mendapatkan jaringan namun usaha yang dilakukan masih belum membuahkan hasil untuk perlawanan berakhir dengan memihak pasukan pelawat.

Keputusan ini menyaksikan Perak mencatatkan kekalahan pertama musim ini selepas beraksi tiga perlawanan.

Jurulatihnya Mehmet Durokovic berkata ketiadaan empat tonggak iaitu Nazrin Nawi, Mohd Nasir Basharuddin, Brendan Gan dan Ahmad Khairil Anuar yang masih belum pulih selepas mengalami kecederaan sebelum ini menjejaskan rentak pasukan.

“Pemain memberikan 100 peratus dalam perlawanan dan menunjukkan komitmen penuh untuk menang. Kami mempunyai banyak peluang tetapi ia bukan malam kami. Kami perlu terus bergerak, positif dan fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Kelantan,” katanya kepada Bernama.

Mehmet tetap berpuas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan barisan kesebelasan utama pasukan yang memberikan saingan hebat biarpun beberapa peluang terhidang gagal membuahkan hasil.

Malah jelasnya, ketiadaan pemain ke-12 iaitu penyokong pada perlawanan semalam turut memberi kesan besar kepada moral anak buahnya.

PKNS FC
Aksi perlawanan Perak menentang PKNS FC semalam. FOTO: Perak TBG

Sementara itu, jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal berkata beliau gembira dengan kesungguhan yang ditunjukkan skuadnya yang berjaya menyekat beberapa peluang diperoleh Perak sekali gus menewaskan pasukan The Bos Gaurus.

Rajagobal berkata gol seawal minit pertama oleh penyerang import dari Brazil, Rafael Ramazotti De Quadros memberi semangat kepada pemainnya biarpun diasak pasukan Perak yang menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan.

“Pasukan Perak memang memberi tekanan tetapi saya harus memuji barisan pertahanan kami yang bermain dengan cemerlang berjaya menyekat rentak pasukan tersebut untuk mencari jaringan penyamaan.

“Satu kejayaan bukan senang dengan kerja keras oleh semua pemain sehingga ke minit akhir biarpun pada awal permainan kita tidak bermain dengan baik, namun kita memperbaikinya di separuh masa kedua dengan menambah lagi jaringan,” katanya. – Bernama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN