Mehmet Durakovic Akui Perak Buat Banyak Kesilapan

Kekalahan Perak kepada Kelantan 2-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV kelmarin mengundang kritikan pedas daripada penyokong skuad The Bos Gaurus itu di media sosial.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengulas mengenai perlawanan itu mengakui anak buahnya banyak melakukan kesilapan dan dihukum oleh lawan.

Menurutnya, kesemua pemain dilihat telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan dan berjaya mendahului lawan pada suatu ketika.

Katanya beberapa kesilapan mudah menyaksikan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya memberi tekanan kepada pemainnya untuk mencari gol penyamaan.

Pemain Perak bergambar selepas menjaringkan gol pembukaan ke atas Kelantan. FOTO: Perak TBG

“Bolos tiga gol di tempat lawan, bukanlah sesuatu yang baik, kerana kita sudah pun mendahului, bukan satu tetapi dua gol.

“Lima minit terakhir kita terlalu memberikan lawan terlalu banyak masa dengan bola dan akhirnya mereka menghukum’ kita.

“Kita beraksi tanpa tekanan, kita ada game plan, tetapi disebabkan kesilapan mudah, kita akhirnya dihukum,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

Selepas perlawanan itu, Perak akan menghadapi Sarawak pada pusingan kedua Piala FA di Stadium TLDM Lumur pada hari sabtu ini.

“Sekembalinya kita ke Ipoh, kita akan laksanakan rawatan pemulihan dan seterusnya bersedia mengharungi aksi seterusnya,” katanya.

Perak kini menghuni tangga ke 9 dalam kedudukan Liga Super dengan 4 mata secara keseluruhan. Mereka hanya menang sekali ke atas pasukan Kedah, 3-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN