Angkara Segulung Tisu Tandas, Perlawanan Liga Super Greek Dibatalkan

Satu perlawanan Liga Super Greek melibatkan perseteruan antara yang terpanas di negara berkenaan membabitkan kelab PAOK Thessaloniki dan Olympiakos dibatalkan beberapa minit sebelum sepak mula mengambil tempat.

Keputusan membatalkan perlawanan tersebut berlaku berikutan insiden membabitkan jurulatih Olympiakos, Oscar Garcia yang mengalami kecederaan di muka akibat terkena lemparan segulung tisu tandas oleh penyokong lawan.

Paok’s supporters throw toilet rolls and other projectiles prior to the Greek Superleague match Olympiakos versus Paok on February 25, 2018 at the Toumba Stadium in Thessaloniki.
The Greek Superleague match Olympiakos versus Paok on February 25 was postponed after Olympiakos’ Spanish coach Oscar Garcia was hit in the face by a roll of toilet paper.
/ AFP PHOTO / SAKIS MITROLIDIS (Photo credit should read SAKIS MITROLIDIS/AFP/Getty Images)

Insiden yang berlaku sebelum sepak mula tersebut menyebabkan Garcia mengalami pendarahan di bahagian bibir. Insiden tersebut turut mengundang Olympiakos mengarahkan pemainnya kembali ke bilik persalinan sebagai protes.

Pembatalan perlawanan tersebut turut mencetuskan rusuhan di luar stadium. Ribuan enyokong PAOK dilaporkan bertembung dengan pihak berkuasa tempatan, sehingga memaksa penggunaan gas pemedih mata untuk meleraikan kekacauan yang tercetus.

“Selepas apa yang berlaku, saya memanggil kembali pemain saya dan ucapkan selamat tinggal,” ujar Naib Presiden Olympiakos, Savvas Theodoridis sebagai berkata kepada pegawai perlawanan.

Rakan sejawat Theodoridis di PAOK bagaimanapun menuduh Olympiakos sengaja mencetuskan pembatalan perlawanan tersebut.

“Ia sangat jelas bahawa Olympiakos tiba di sini untuk mencari cara membatalkan perlawanan. Mereka telah melakukan provokasi selama 30 tahun. Mereka hanya datang ke sini untuk menjerit dan melakukan provokasi,” ujar Kyriakos Kyriakos.

PAOK merupakan pendahulu Liga Super Greek dengan kelebihan 9 mata ke atas Olympiakos yang berada di tangga ketiga. Olympiakos merupakan juara Greece selama tujuh musim berturut-turut sebelum ini.

PAOK dijangka akan menerima hukuman berat atas keseluruhan insiden yang berlaku, termasuklah penganugerahan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 ke atas Olympiakos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN