Mehmed Durakovic Mahu Perak Bangkit Dari Kekecewaan

Piala Malaysia

Perak perlu bangkit dengan segera daripada dua kekalahan berturut-turut dalam saingan CIMB Liga Super 2020 sekiranya enggan terus tersungkur ke kedudukan bawah liga.

Bermula agak baik pada awal musim tanpa sebarang kekalahan untuk berada di kedudukan ketiga pada minggu lalu, Perak dikejutkan dengan kekalahan besar 7-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu meletakkan mereka di tangga ketujuh ketika ini.

Ia jelas mengecewakan skuad kendalian Mehmed Durakovic ini dan beliau perlu melakukan sesuatu bagi menyuntik moral anak buahnya apabila berdepan UiTM FC pada Jumaat ini di Stadium Perak, Ipoh.

Jelasnya, kesilapan yang dilakukan di Stadium Sultan Ibrahim tidak boleh berulang lagi dan sekarang adalah masa untuk mengumpul kembali kekuatan pasukan bagi memastikan Perak tidak terus kempunan untuk memperoleh kemenangan.

“Saya akui memang kesilapan pasukan kami menyebabkan kami kalah besar dengan JDT, tetapi sekarang ini adalah masa untuk pasukan belajar balik daripada kesilapan bagi perlawanan seterusnya.

“Kami kembali ke Ipoh, duduk berbincang dan menilai kembali apa yang sudah berlaku ketika menentang JDT selain semua pemain akan menjalani pemulihan kembali untuk kita sama-sama bangkit kembali bagi mendapatkan tiga mata di laman sendiri.

“Apa yang penting, diharapkan semua pemain akan terus bersemangat dan mendapatkan semula keyakinan diri daripada kekalahan itu, kerana perlawanan seterusnya menentang UiTM ini memang penting untuk kami”, jelasnya.

Laporan di laman Facebook rasmi Perak TBG juga menyaksikan barisan kejurulatihan yang diketuai Mehmed telah mengadakan sesi perbincangan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) merangkap pengurus, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berhubung prestasi pasukan pada ketika ini.

Kredit featured image: Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Mehmed Durakovic:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN