Mehmed Durakovic Tuntut Konsentrasi Penuh Anak Buah Di Shah Alam

Mehmed

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic menuntut lebih konsentrasi daripada anak buahnya menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Perak membawa kelebihan tipis satu gol ke Shah Alam selepas menundukkan Selangor 1-0 di laman sendiri malam tadi hasil jaringan pada minit ke-13 oleh pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan Seng Ling.

Menurut sumber Berita Harian, pengendali dari Australia itu turut berpuas hati dengan persembahan barisan pemain skuad juara bertahan Piala Malaysia tersebut walaupun terlepas beberapa peluang terbaik menambah jaringan.

Mehmed Durakovic

“Saya gembira dengan prestasi dan corak permainan yang ditunjukkan pasukan Perak, kita menguasai permainan dan banyak percubaan baik, tetapi sepatutnya kita boleh menang dengan lebih banyak gol.

“Apa pun, pada perlawanan di Shah Alam nanti kita perlu memberikan lebih konsentrasi bagi memastikan kita boleh menang,” katanya.

“Kita bermain dengan baik dan bersungguh, saya sendiri mengharapkan akan ada lebih banyak gol, apa pun sekurang-kurangnya kita masih menang apabila bermain di tempat sendiri,” ujar Mehmed lagi.

Berdasarkan aksi Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan pada Ahad ini pastinya menarik untuk disaksikan kesudahannya.

Kredit foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN