Mehmed Durakovic: Tempoh Latihan Mencukupi Sebelum Liga Kembali

Mehmed Durakovic

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic menganggap tempoh selama dua bulan setengah bagi pasukan menjalani latihan adalah mencukupi sebagai persiapan sebelum Liga Malaysia yang dijangka kembali bersambung pada September.

Jelasnya, meskipun cara latihan berbeza perlu diterapkan apabila tidak dibenarkan berlatih secara “body contact”, tetapi beliau positif barisan pemain mampu menyesuaikan diri dengan situasi ketika ini untuk mereka mendapatkan kembali tahap kecergasan selepas lebih tiga bulan tidak beraksi.

Apa yang pasti, tempoh yang ada ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin mengikut segala Prosedur Standard Operasi (SOP) kerana latihan Fasa 1 ini cukup penting agar pasukan dapat melangkah ke latihan Fasa 2 pula di mana pemain boleh berlatih secara “body contact”.

“Saya rasa ia mencukupi untuk saya melatih barisan pemain dalam tempoh dua bulan setengah ini apatah lagi untuk menghadapi jadual liga yang dijangka ketat selepas ini jika saingan liga betul-betul bermula pada September.

“Dan bagi saya, tempoh yang diberikan ini hampir sama seperti persiapan pasukan pra-musim sebelum ini, jadi ia tidak menjadi masalah untuk kami gunakan sebaiknya tempoh masa yang ada ini.

“Saya sememangnya percaya pemain-pemain ini boleh mendapat kecergasan sepenuhnya tanpa sebarang masalah walaupun bukan mudah kerana terpaksa mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL).

“Corak latihan yang saya terapkan juga tidaklah terlalu mendesak kerana saya masih ada masa yang banyak untuk memikirkan bagaimana untuk melatih setiap daripada mereka secara berperingkat,” katanya.

Pasukan Perak telah mengadakan latihan pertama mereka pada hari ini (Isnin) yang dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan terdapat 9 pemain di dalam setiap kumpulan tersebut.

Latihan yang dijalankan di Stadium Perak itu turut dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi di gimnasium, manakala di padang pula pada setelah petang.

Tambah Durakovic, tugasnya bukan sekadar untuk melatih malah turut memastikan agar pasukan sentiasa mematuhi SOP kerana itulah yang menjadi keutamaan ketika ini dalam masa yang sama memudahkan lagi perancangan MFL untuk meneruskan latihan Fasa 2 dengan lebih cepat selepas ini.

“Untuk hari ini, saya dapat lihat pemain-pemain mampu mengikuti SOP tanpa sebarang masalah termasuklah memeriksa suhu badan sebelum masuk ke dalam stadium, melakukan penjarakan sosial dan selepas itu, terus pulang ke rumah sebaiknya sahaja selesai latihan.

“Apa yang pasti, pemain-pemain begitu gembira dapat menyambung kembali latihan biarpun banyak peraturan yang perlu diikuti dan paling penting, kami sedia untuk bantu MFL bagi melancarkan segala perancangan demi memastikan latihan Fasa 2 dapat dimulakan selepas ini,” tambah Mehmed lagi.

Kredit featured image: Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Mehmed Durakovic:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN