Mehmed Durakovic Enggan Beri Tekanan Kepada Pemain

Mehmed Durakovic

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic mengakui tidak mahu merasai sebarang tekanan buat masa ini biarpun sedar hanya kemenangan ke atas Kedah pada aksi terakhir yang berlangsung Ahad ini sahaja mampu membawa skuad The Bos Gaurus berada di tempat kedua CIMB Liga Super.

Berbekalkan momentum yang dibina sejak empat perlawanan terakhir, Mehmet berharap situasi itu mampu menjadi azimat buat Perak walaupun mereka terpaksa meratapi ketiadaan ketua pasukan, Shahrul Saad ekoran digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

“Moral pemain buat masa ini berada di tahap menakjubkan ditambah dengan semangat yang mereka tampilkan ketika mampu bangkit daripada ketinggalan tiga gol sebelum seri 3-3 berdepan Pahang selain berjaya menang dalam tiga perlawanan sebelum itu.

“Jadi, saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan kepada pemain walaupun sedar hanya kemenangan akan membawa kami berada di tempat kedua kerana mereka telah memberikan segalanya dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, ” katanya.

Dalam pada itu, Mehmet mengakui ketiadaan Shahrul umpama satu kehilangan besar kepada Perak bagi menghadapi Kedah namun beliau mendapat sedikit kelegaan apabila penyerang import, Guiherme de Paula dijangka sempat pulih daripada masalah hamstring.

“ Buat masa ini saya belum memikirkan siapa yang akan menggantikan Shahrul dan sememangnya ketiadaan dia, agak merumitkan perancangan saya kerana dia antara tonggak paling penting di bahagian pertahanan.

“ Cuma saya gembira mendapat perkhabaran yang de Paula semakin positif dalam latihan dan peluangnya kini 50-50 untuk diturunkan bagi bertemu Kedah.

“ Saya tidak mahu berasa terlalu gusar kerana di akhirnya, bola sepak adalah sukan berpasukan dan apa yang paling penting, bagaimana pemain saya beraksi antara satu sama lain pada perlawanan itu nanti, “ tambah Mehmed Durakovic lagi.

Selepas mengharungi 10 perlawanan liga, Perak menghuni tangga ketiga dengan 18 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang Kedah. Keputusan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu sangat penting kerana pemenang akan pasti menempah slot ke Piala AFC 2021.

Kredit featured image: Facebook rasmi Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Mehmed Durakovic dan Perak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN