Media Vietnam Tak Puas Hati, Tapi Ini Sebab Kenapa Indonesia Layak Menang Anugerah Fair Play Piala AFF 2020

Indonesia Fair Play

Meskipun Indonesia terlepas kejuaraan Piala AFF Suzuki 2020 edisi ke-13 selepas tewas 6-2 kepada Thailand secara agregat dalam perlawanan akhir, pasukan ini berhasil memenangi anugerah Fair Play.

Skuad Garuda ternyata tidak mampu untuk menghalang kegagahan skuad Gajah Perang apabila tewas 4-0 pada perlawanan akhir pertama sebelum terikat 2-2 pada pertemuan kedua.

Skuad kendalian Shin Tae-yong itu terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara buat kali keenam sementara Thailand pula terus unggul dengan kejuaraan keenam mereka di pentas kejohanan terulung di rantau Asia Ternggara ini.

Tak layak?

Namun begitu, penghargaan yang diterima oleh Indonesia tersebut sukar diterima oleh media Vietnam yang mendakwa pasukan ini tidak layak untuk menerima anugerah Fair Play berdasarkan statistik sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Menurut Zingnews, permainan Indonesia tidak cukup ‘bersih’ selepas mengumpul 13 kad kuning dan mencatat 143 kekasaran, iaitu antara yang tertinggi dalam kalangan 10 pasukan bertanding.

“Tidak ada yang perlu dipertikai tentang kedudukan naib juara skuad Indonesia. Namun fakta mereka menerima anugerah Fair Play membingungkan, terutama apabila melihat statistik kutipan kad, jumlah kekasaran dan gaya permainan pasukan ini,” ujar agensi berita itu.

“Data Piala AFF menunjukkan Indonesia bermain lapan perlawanan dan memiliki 13 kad kuning, 0 kad merah. Mereka di belakang Thailand dengan 17 kad kuning. Skuad kendalian Shi Tae-yong itu melakukan 143 kekasaran, Thailand pula dengan 117 kekasaran.”

Kenapa Indonesia?

Pasukan yang berhak menerima anugerah Fair Play Piala AFF ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin AFF. Kriteria pemenang akan dinilai berdasarkan Kod 10 FIFA Fair Play.

Berdasarkan panduan ini, penilaian bukanlah dibuat semata-mata berdasarkan jumlah kad yang dikumpul serta jumlah kekasaran yang dilakukan.

Tetapi ia dinilai berdasarkan semangat kesukanan iaitu bermain untuk kemenangan tetapi juga menerima kekalahan, menghormati rakan sepasukan, pengadil, pegawai dan penonton, mempromosikan dan menjaga reputasi bola sepak yang bersih.

Selain itu kod dalam artikel tersebut turut menekankan mengenai menolak budaya rasuah, dadah, perkauman dan perjudian serta menggunakan bola sepak untuk menjadikan dunia lebih baik.

Berdasarkan persembahan Indonesia dalam kejohanan ini, tentunya tidak salah untuk memberikan anugerah ini kepada mereka yang telah mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Malah mereka turut berjaya menampilkan pemain-pemain muda berbakat seperti Asnawi Mangkualam, Egy Maulana, Witan Sulaeman, Alfeandra Dewangga, Elkan Baggott, Rizky Ridho, Pratama Arhan dan ramai lagi.

Tahniah Indonesia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN