Media Perancis Tuduh Klopp Anti Pemain Perancis, Ini Jawapan Beliau

Di dalam revolusinya di Liverpool, Jurgen Klopp cuma ada Mamadou Sakho sahaja di dalam senarai pasukannya.

Itupun pemain itu kemudian disingkirkan gara-gara masalah disiplin serta mempersoalkan kenapa dia tak dipilih dalam kesebelasan utama.

Lebih parah, Sakho memuat status di snapchat mengkritik Klopp pada 3 pagi. Untuk seorang pemain profesional, itu adalah masa untuk mereka tidur, kecuali ketika bercuti ataupun diberikan pelepasan khas.

Sakho pernah menjadi pemain penting Jurgen Klopp, namun selepas itu mereka tidak sehaluan kerana Sakho telah bersikap tidak profesional.

Klopp menjelaskan beliau tidak pernah terfikir tetang kewarganegaraan pemain di dalam pembentukan pasukannya termasuk Perancis. Malah beliau mengakui meminati ramai pemain Perancis.

Bukannya kerana Klopp pandang rendah kepada bakat dari Perancis, sebaliknya beliau menganggap pemain Perancis sangat mahal di pasaran perpindahan kerana kualiti mereka.

Sebab itulah Perancis menjadi juara dunia, kerana sarat dengan bakat dalam arena bola sepak.

Klopp menyebut nama Mbappe dan Antoine Griezmann sebagai contoh. Sangat mustahil untuk Liverpool membeli pemain seperti itu berdasarkan harga semasa pemain tersebut.

Klopp berkata: “Tiada penjelasan untuk itu [tiada pemain Perancis dalam pasukannya]. Kerana pemain seperti Kylian bermain untuk PSG dan Griezmann mahu ke Barcelona. Dan kita semua tahu betapa bagusnya pasukan-pasukan tersebut.”

“Kami kalau boleh mahu memiliki pemain dari Perancis. Namun ada beberapa nama yang kami mahukan sangat mahal untuk kami bayar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN