Kisah Lucu Bagaimana Casemiro Menjadi Pemain Tengah Bertahan

Casemiro telah menjadi tulang belakang pasukan Real Madrid sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini termasuk kejayaannya membantu The Galacticos merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah tiga kali berturut-turut pada 2016 hingga 2018.

Di sebalik kejayaan tersebut, terdapat satu cerita daripada pemain Brazil berkenaan mengenai pengalaman pertamanya menghadiri sesi pemilihan yang menjadi permulaan kepada takdirnya menjadi di antara pemain tengah bertahan terbaik di dunia.

Casemiro semasa zaman kanak-kanak pada awalnya tidak pernah terfikir untuk beraksi di posisi berkenaan, tetapi lebih kerap beraksi sebagai penyerang.

“Saya tiba di Sao Paolo ketika berusia 11 atau 12 tahun dan di sana ada kira-kira 300 orang [kanak-kanak lain]. Saya menghadiri satu sesi pemilihan dan mereka hanya mahu memilih 50 orang pemain sahaja.

“Saya bermain di bahagian serangan kerana mempunyai kelebihan dari sudut fizikal. Tetapi saya masih ingat semasa jurulatih bertanya siapa penjaga gol, ada tiga orang yang mengangkat tangan.

“Kemudian dia [jurulatih] bertanya lagi siapa penyerang dan 50 orang mengangkat tangan. Melihat keadaan itu, saya ‘simpan’ tangan saya kerana melihat begitu banyak persaingan. Selepas itu dia bertanya pula siapa bermain di posisi nombor 10 dan 50 orang lagi mengangkat tangan.

“Selepas itu apabila jurulatih bertanya siapa bermain di posisi tengah bertahan, hanya lapan orang mengangkat tangan mereka dan dengan pantas saya mengatakan, ‘saya, saya adalah pemain tengah bertahan’.

“Ada yang mengatakan bentuk badan saya dicipta untuk menjadi seorang penyerang sejati, tetapi saya tetap dengan keputusan mahu menjadi pemain tengah bertahan.” tambah pemain Brazil itu.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane telah diketahui sangat gemar menggunakan Casemiro dalam setiap perancangannya. Di sebaliknya hubungan baiknya dengan Zidane, Casemiro mengimbas semula pertemuan pertamanya dengan Jurulatih warga Perancis itu.

“Saya masih ingat, apabila Zidane datang ke sini, saya tidak bermain dalam lima perlawanan pertama di bawah kendaliannya. Tetapi beliau terus memberi kata-kata positif kepada saya.

“Saya katakan padanya yang sekarang kita sudah di bulan Januari dan saya mahu peranan yang lebih penting dalam pasukan, saya mahu lebih kerap bermain.

“Dia memandang saya dan meminta saya untuk bertenang dan bersabar. Katanya jika saya sudah mula bermain nanti, saya tidak akan berhenti lagi.

Apa yang menjadikan bekas pemain FC Porto itu begitu bernilai buat Zidane adalah etika dan semangatnya. Begitu juga dengan corak permainan yang agresif bagi mendapatkan bola di atas padang. Itulah yang beliau sangat banggakan.

“Saya tidak kira ianya minit pertama, kedua atau minit terakhir. Saya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan bola ibarat ianya seperti sepinggan makanan. Saya akan mengejarnya seolah-olah ianya peluang terakhir.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN