Media Indonesia Pelik Jurulatih Malaysia Tak ‘Intai’ Aksi Garuda Lawan Palestin

Skuad kebangsaan bawah 16 (B-16) bakal membuat perhitungan seterusnya dalam aksi Kumpulan B bagi saingan kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan menentang Indonesia.

Pada aksi yang berlangsung pada hari ini, kedua pasukan ini bakal membuat perhitungan di Stadium Pakansari, Bogor tanpa kehadiran mana-mana penyokong.

Terbaharu, media Indonesia iaitu CNN Indonesia telah meluahkan rasa agak pelik, apabila mereka melihat tiada seorang wakil kejurulatihan skuad kebangsaan baru-baru ini hadir menyaksikan perlawanan antara tuan rumah bertemu Palestin..

Pada aksi ketiga peringkat kumpulan itu, Malaysia terlebih dahulu memulakan aksi menentang UAE pada sebelah siang sebelum Indonesia bersama Palestin menyambung pada waktu malam di Stadium Pakansari.

Dalam pertemuan tersebut, Malaysia berjaya mencatat kemenangan dramatik 3-2 untuk terus mengekori rapat Indonesia di kedudukan pertama dalam carta Kumpulan B.

Sementara Indonesia terus mengukuhkan carta kumpulan dengan sembilan mata berjaya dikumpul menerusi kemenangan 2-0 bagi mengatasi cabaran Palestin.

Selepas mencatat kemenangan 3-2 mengatasi UAE, media Indonesia melihat tiada satu wakil Malaysia yang kekal di stadium tersebut untuk melihat aksi seteru mereka selepas itu.

Menurut CNN Indonesia, mereka mendapati pengendali skuad kebangsaan iaitu Osmera Omaro menyatakan mereka hanya ingin pulang berehat dan menyaksikan perlawanan tersebut dari jauh tanp kekal di stadium.

“Untuk perlawanan antara Indonesia dan Palestin, saya hanya akan terus menonton di internet sahaja kerana ada siaran langsung turut menyiarkan aksi tersebut,” jelas Osmera dengan tenang.

Perkara tersebut dianggap sedikit pelik oleh media di sana, kerana Osmera bersama staf kejurulatihan lain sebelum itu bertindak untuk kekal di stadium bagi perlawanan-perlawanan lain dihadapi Indonesia.

Osmera juga menyatakan setakat ini skuad kebangsaan sudah pun mempersiapkan yang terbaik bagi aksi terakhir merea berdepan Indonesia hari ini.

“Lawan kami iaitu Indonesia merupakan pasukan yang sangat baik dan berkelebihan selaku tuan rumah. Untuk aksi ini kami akan memberikan segalanya yang terbaik untuk menghadapi mereka,” tambah Osmera lagi.

Aksi Osmera sebelum ini yang gemar memerhatikan perlawanan membabitkan pasukan lawan sebelum menghadapi mereka mengingatkan kepada pengendali skuad senior Vietnam, Park Hang-seo.

Pengendali dari Korea Selatan itu juga antara jurulatih yang kerap menghadiri perlawanan-perlawanan dihadapi pasukan lawannya sebelum membuat perhitungan untuk mengkaji corak permainan mereka.

Perlawanan yang bakal bermula jam 9 malam esok bakal menjadi perhitungan terakhir buat Malaysia untuk mengetahui kedudukan mereka di peringkat kumpulan setelah kini berada di carta kedua di belakang Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN