Mbappe Isytihar Neymar Sebagai Bintang Utama Di PSG

Kylian Mbappe menolak cadangan yang mengatakan beliau sudah pun menyingkirkan Neymar sebagai bintang utama Paris Saint-Germain (PSG) walaupun telah menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Guingamp semalam.

Pengurus PSG, Thomas Tuchel memasukkan Mbappe pada babak kedua perlawanan, selepas Guingamp terlebih dahulu berada di hadapan melalui jaringan Nolan Roux.

(Photo credit should read LOIC VENANCE/AFP/Getty Images)

Perubahan oleh Tuchel itu pantas mendatangkan hasil. Mbappe bergabung dengan Neymar dan menghasilkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh bintang Brazil itu.

Mbappe kemudiannya menjaringkan dua gol di babak akhir perlawanan untuk mengesahkan kemenangan PSG, namun bintang Piala Dunia Perancis itu tetap merendahkan diri akan penampilannya.

“Neymar ialah bintang. Lebih bintang dari saya,” ujar beliau sambil berseloroh dalam temuramah selepas perlawanan.

(Photo by Baptiste Fernandez/Icon Sport via Getty Images)

“Saya belum sampai ke tahap seperti Neymar. Beliau sudah bekerja keras selama bertahun lamanya di Barcelona. Di dalam pasukan ini sendiri pun ada ramai bintang di hadapan saya.”

“Saya tidak berpendapat kemasukan saya di babak kedua mengubah keadaan perlawanan. Semua pemain mahu tampil lebih baik pada babak kedua.”

“Saya menjaringkan dua gol, tetapi ia bukan hanya saya yang berusaha untuk menghasilkan gol dan kemenangan ini.”

(Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Mbappe tidak beraksi dalam perlawanan pertama PSG musim ini menentang Caen selepas diberikan lebih tempoh untuk berehat setelah pulang dari Rusia.

Pemain berusia 19 tahun ini juga menekankan kejayaan di Rusia sudah pun berlalu, dan fokus beliau kini ialah untuk cabaran berikutnya.

“Karier saya baru saja bermula, dan saya mempunyai cita-cita besar ketika bersama kelab atau pasukan negara. Anda tidak boleh sekadar duduk tanpa melakukan sesuatu,” jelas beliau lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN