Bekas suami Wanda Nara iaitu Maxi Lopez meluahkan kemarahannya kepada media tentang sikap bekas isterinya itu.
Menurut Maxi Lopez, Wanda Nara adalah mata duitan. Segala yang ada di fikiran wanita itu hanyalah wang.
Maxi Lopez juga sangat sedih mengenangkan beliau hanya berjumpa dengan anaknya 2 kali pada tahun lalu.
Bercakap kepada Telefe, Maxi berkata: “Saya sentiasa cuba bercakap dengan Wanda. Namun semua perbualan yang sepatutnya tertutup telah diterbitkan Wanda di media sosial. Perkara seperti ini mengganggu usaha untuk berbincang.”
“Mereka tidak benarkan saya berjumpa dengan anak-anak saya.”
'They don't let me see my children'
Maxi Lopez hits out at Mauro Icardi and Inter Milan striker's wife and agent Wanda Nara https://t.co/dEadpFgUvL pic.twitter.com/M9bwMWrEnX
— Mail Sport (@MailSport) July 14, 2019
“Saya hanya berjumpa anak saya 2 kali pada tahun lalu. Kami berdua sudah menandatangani persetujuan tentang anak. Namun Wanda tidak pernah menghormati ketetapan oleh mahkamah.”
“Saya telah menjadi satu bahagian penting yang hilang dalam kehidupan anak-anak saya.”
“Dengan Wanda, segalanya tentang wang. Sentiasa memikirkan percutian hujung minggu dan dengan siapa mahu pergi melancong.”
“Wanda tidak pernah kurang wang. Saya hilang rasa hormat kepada beliau.”
Maxi Lopez kemudian menyatakan rasa terkilan setiap kali melihat Mauro Icardi menyarungkan jersi Inter Milan dan Newell – menganggap anak-anaknya sedang dipergunakan oleh Icardi bagi meraih publisiti.
“Saya melihat beberapa gambar Icardi menyarungkan anak-anak saya dengan jersi Inter dan Newell.”
“Saya beritahu mereka, hanya seorang ayah yang faham perasaan itu. Saya sangat kecewa apabila anak-anak saya dipergunakan.”
Maxi Lopez: "With Wanda, it's always about money. Icardi makes me sick, It pissed me off seeing him uses my children against me. Several times, he hung up the phone when they were talking to me" #fireodds pic.twitter.com/3uZKD8HyeC
— Fireodds (@fireoddsuk) July 14, 2019
“Ada beberapa kali saya bercakap dengan anak-anak saya di telefon, Icardi memutuskan talian.”