Max Allegri Mahu Cuba Nasib Urus Pasukan Premier League

Pengurus dari Itali yang kini sudah lama tidak menguruskan sebarang pasukan, Max Allegri mengatakan keinginannya untuk kembali mengurus.

Beliau yang merupakan mantan pengurus Itali mengatakan, dirinya kini sudah bersedia untuk kembali dan menjadikan Premier League sebagai sasaran.

Melihat kepada ramai pengurus asing tiba di England, Allegri merasakan sudah tiba masa untuk beliau menyertai kelibat seperti Jurgen Klopp, Pep Guardiola dan Marcelo Bielsa di sana.

“Saya mahu mendapatkan pengalaman bermain di Premier League. Bagi saya, bola sepak Inggeris kini meningkat naik kerana ramai pengurus asing di sana.”

“Jika nak dibandingkan dengan 10 tahun lalu, sekarang lebih banyak taktikal digunakan. England kini dilihat lebih taktikal, tetapi mereka masih hormati tradisi bola sepak Inggeris.”

Sebelum ini Allegri sering kali dikaitkan dengan jawatan pengurus di Premier League dengan Manchester United dan Arsenal sering menjadi bahan kaitan.

Namun begitu, beliau yang tidak bersama mana-mana pasukan sejak penamat musim 2018/2019 selepas membantu Juventus merangkul gelaran Scudetto bersama-sama Juventus untuk lima musim berturut-turut.

Allegri juga merupakan bekas pengurus AC Milan dan membantu mereka menjulang Serie A pada 2011.

Baca juga artikel kami mengenai Allegri:

Allegri Buat Satu Denda Menarik Di Juventus Jika Kena Kad Merah

Bukan Max Allegri, Bukan Mikel Arteta – Arsenal Minat Nuno Espirito Santo

Fabio Capello: Sekiranya Saya Adalah Massimiliano Allegri, Saya Akan Pilih Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN