Max Allegri Sahkan Pemain Sasaran Chelsea, Alex Sandro Akan Kekal

Max Allegri membuat kenyataan media rasmi yang beliau mahukan Alex Sandro kekal di Turin. Berita ini sekaligus mengakhiri sebarang potensi pemain itu akan menyertai Chelsea musim hadapan.

Chelsea memebuuru Alex Sandro sejak dari awal jendela perpindahan dibuka. Dan cuba untuk mendapatkan pemain ini sebelum jendela perpindahan ditutup.

Alex Sandro melalui musim luar biasa pada 2016/17 selepas membantu Juventus menjuarai Serie A dan juga mara ke final UCL.

Beliau boleh bermain sebagai bek sisi dan bek sayap. Menjadikan beliau pemain serba boleh untuk mengadaptasi pelbagai formasi dan taktikal.

Allegri menjelaskan yang pemain tersebut akan kekal dengan Juventus. Juve adalah kelab yang membangunkan pemain itu untuk menjadi salah seorang bakat elit di dunia.

can – c – Torino 12.09.15 – Serie A 3a giornata – Juventus-Chievo Nella foto : Alex Sandro – Juventus

Kenyataan Allegri ini adalah untuk menjawab spekulasi yang ditulsi wartawan James Benge dari Evening Standard yang menyatakan Chelsea berpotensi mendapatkan pemain tersebut.

Allegri berkata:

“Kelab kami memikirkan soal pasaran. Kami dalam keadaan sukar dalam segalanya. Alex Sandro adalah pemain Juventus dan seorang pemain yang luar biasa.”

“Beliau meningkat dengan sangat baik sejak menyertai Juventus dan masih ada masa yang sangat banyak untuk meningkatkan dirinya lagi. Beliau adalah terbaik di dunia setaraf dengan Marcelo.”

“Dia tidak akan pergi ke mana-mana.”

Juventus kini sudah hampir pasti tidak akan melakukan sebarang pembelian dan penjualan. Mereka dalam proses menyiapkan pasukan untuk menghadapi musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN