Chelsea menerima kekalahan ke-10 dibawah kendalian Maurizzio Sarri sejak beliau mengambil alih tugas sebagai pengurus pada 14 Jun 2018, selepas mereka tewas 0-2 ke atas Manchester United dalam saingan pusingan ke-5 Piala FA di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Sarri menganggap para pemain Chelsea masih belum memahami corak taktikal ‘Sarriball’ yang cuba diterapkan olehnya dalam pasukan.
Bagaimanapun, bekas pengurus Napoli itu sedar, proses membentuk para pemain untuk memahami konsep yang diamalkannya memerlukan sedikit masa.
Belum faham
Sarri dengan jujur mengakui bahawa skuad Chelsea masih belum selaras dengan apa yang dimahukannya . Beliau melihat pemain masih tidak mampu membuat pergerakan bola dengan pantas, sehingga menyebabkan pemain lawan mampu untuk menyekat kemaraan pasukan.
Beliau menjawab persoalan wartawan, selepas ditanya apakah pemain Chelsea pada ketika ini sepenuhnya telah memahami taktikal ‘Sarriball’, “Buat masa ini, ia[Sarriball] tidak difahami sepenuhnya, terutamanya pada separuh masa kedua, kita perlu membuat pergerakan bola dengan lebih cepat, dari segi mental dan material.”
Menurut Sarri lagi, “Kami memerlukan lebih banyak pergerakan tanpa bola, dan kurang bertindak secara individu. Apabila anda mendapati ruang itu kosong, sudah tentu anda boleh bertindak secara individu, tetapi apabila keadaan seperti babak kedua[lawan Man. United].”
“Kami perlu melakukan pergerakan bola dengan lebih cepat dan kami perlu bergerak tanpa bola dengan lebih baik, jika tidak, agak mustahil untuk mencetak gol.”
Tidak risau dipecat
Selepas disingkirkan Manchester United, Sarri menegaskan bahawa dia tidak risau jika pihak pengurusan memecat beliau sebagai pengendali Chelsea.
Sarri turut bercakap mengenai insiden ‘kutukan’ dari para pemain pada babak kedua perlawanan.
Beliau sebagai berkata: “Ia bukan masalah saya. Saya hanya bimbang tentang kedudukan saya ketika saya berada di League 2 di Itali, bukan sekarang.”
“Saya risau tentang keputusan, bukan tentang peminat. Sudah tentu saya memahami situasinya. Saya boleh faham situasi peminat, kerana keputusan tidak berapa baik. Kita terkeluar daripada Piala FA.”