Calcio Mercato melaporkan Maurizio Sarri sudah mengosongkan rumahnya di London, dalam usaha beliau mahu berpindah ke Itali bagi menyertai Juventus.
Masa hadapan Maurizzio Sarri di Chelsea antara yang hangat dibicangkan. Sebelum musim berakhir, Roman Abramovich dilaporkan tidak sehaluan dengan Sarri dan bercadang menukarkan Sarri dengan pengurus baharu.
Sarri kemudian ada mendengar bahawa final UEL adalah penentu masa hadapan beliau. Sarri memberikan refleksi panas dengan menyatakan: “Jika hasil kerja saya 9 bulan hanya ditentukan dengan 1 malam final, lebih baik saya angkat kaki sekarang.”
Abramovich dikatakan mempertimbangkan legenda Chelsea, Frank Lampard sebagai pengganti Maurizzio Sarri.
Mendengar situasi Sarri di Chelsea, Juventus telah cuba mendapatkan Sarri bagi menggantikan Max Allegri.
Maurizio Sarri kemudian menghantar ‘transfer request’ daripada Chelsea. Namun yang mengejutkan, Chelsea telah menolak surat tersebut dan meminta Juventus membayar €7 juta untuk mendapatkan khidmat Sarri.
Juventus sedang terdesak untuk melantik pengurus baharu dalam masa terdekat bagi persiapan pra musim.
Selepas kejayaan Sarri membantu Chelsea menamatkan saingan liga di 4 teratas dan menjulang UEL, pihak pengurusan Chelsea dikatakan mulai kembali menaruh keyakinan ke atas Sarri.
Sarri masih berusaha untuk keluar dari Chelsea dan dilaporkan masih menunggu lampu hijau daripada Chelsea untuk melepaskan beliau.
Exclusive: #Sarri moves out of #London home and waits for green light from Chelsea after reaching Juve agreement https://t.co/xjxOe6I4vY pic.twitter.com/WxEgLDiw1m
— CalcioMercato (En) (@CmdotCom_En) June 7, 2019
Ini selepas ada ura-ura menyatakan Chelsea mungkin akan merelakan Sarri pergi secara percuma sekiranya mereka mendapat pengurus yang terbaik untuk menggantikan beliau.
Sarri telah mengosongkan rumahnya di London kerana yakin akan dapat merealisasikan perpindahannya ke Juventus.
Ini selepas ejen beliau Alessandro Pellegrini, dengan Pengarah Juventus, Paratici bertemu di Milan – bagi membincangkan langkah yang akan mereka ambil untuk membolehkan Sarri keluar dari Chelsea dan menyertai Juventus.