Walaupun berpuas hati dengan aksi ditampilkan pemain tengah, Ross Barkley pada perlawanan menentang Crystal Palace malam semalam, Maurizio Sarri mahu pemain antarabangsa England itu memperbaiki pergerakan tanpa bola yang mungkin dapat menghasilkan jaringan.
Sarri merujuk kepada jaringan yang dihasilkan N’Golo Kante apabila beliau bijak melakukan gerakan tanpa bola yang berjaya dihidu David Luiz, lalu menghasilkan jaringan tunggal buat Chelsea bagi menewaskan Crystal Palace di Selhurst Park.
”Saya merasakan itu merupakan gerakan yang sangat baik dan dengan masa yang tepat. Dia (N’Golo Kante) semakin bertambah baik dalam pergerakan sedemikian.”
”Apabila pasukan lawan bertahan dengan intensiti yang sangat rendah, ia amat sukar buat penyerang dan pemain sayap untuk mempunyai ruang, jadi kami perlu mendatangkan seorang pemain tengah.”
”Saya merasakan ketika ini kami perlu untuk menggerakkan Barkley bagi pergerakan seperti itu.”
Di sebalik cukup berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain tengah tersebut, pengendali kelahiran Itali itu berjaya mengesan kelemahan yang menjadi kebiasaan dilakukan Barkley sepanjang beraksi.
”Saya fikir dia beraksi dengan baik tetapi kadangkala, dia mengawal bola terlalu lama. Dia terlepas dua atau tiga bola berbahaya dan saya merasakan dia perlu untuk menggerakkan bola dengan pantas.”
”Secara umumnya, dalam 85 minit aksinya, dia bermain dengan cukup baik.”