Louis Saha: Paul Pogba Jauh Lebih Bagus Berbanding Paul Scholes

Saha

Kehebatan aksi Paul Pogba dalam membantu Manchester United menewaskan A.F.C Bournemouth 4-1 awal pagi semalam, mendorong bekas penyerang kelab itu, Louis Saha melabelkannya sebagai pemain yang lebih hebat berbanding legenda Red Devils, Paul Scholes.

Pogba mencuri perhatian dalam tiga perlawanan terakhir dengan mempamerkan peningkatan prestasi yang dramatik sebaik sahaja pemecatan Jose Mourinho dan pelantikan Ole Gunner Solskjaer sebagai jurulatih sementara.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 30: Paul Pogba of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and AFC Bournemouth at Old Trafford on December 30, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Statistik menunjukkan Pogba hanya mencetak tiga gol dari 14 perlawanan di bawah Mourinho. Manakala di bawah Solskjaer, Pogba sudah berjaya menjaringkan tiga gol dan menghasilkan dua bantuan gol dalam tiga perlawanan terakhir.

Scholes pemain ‘bijak’

Saha bagaimanapun tidak menafikan kehebatan legenda United itu dengan mengakui yang Scholes seorang pemain yang bijak ketika beraksi.

Namun, tidak seperti Pogba, Saha menyifatkan bekas rakan sepasukannya itu mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan ketahanan tubuh badan.

“Saya akui yang Paul Scholes adalah pemain yang bijak.”

From left – Manchester United’s Paul Scholes, Louis Saha and Ruud Van Nistelrooy show their dejection at missing out on the quarter finals after their team’s 1-1 draw against FC Porto in the UEFA Champions League match at Old Trafford, Manchester. 

“Dia mempunyai kebijaksanaan dalam bola sepak, penglihatan, konsisten membuat umpanan hebat. Tetapi dia tidak berani menyerang saya kerana dia tidak begitu baik secara fizikal.”

“Dia tidak memiliki kepantasan dan fizikal yang sangat kuat, dia tidak boleh melepasi pihak lawan, tetapi dia seorang pemain yang konsisten.”

Pogba tidak konsisten

SOUTHAMPTON, ENGLAND – DECEMBER 01: Paul Pogba of Manchester United during the Premier League match between Southampton FC and Manchester United at St Mary’s Stadium on December 1, 2018 in Southampton, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Mengulas mengenai Pogba, Saha menilai bahawa bintang Perancis itu memiliki segala kemampuan untuk menjadi seorang pemain tengah yang terbaik di dunia. Masalah Pogba hanyalah kurang konsisten dalam permainan.

“Paul Pogba mempunyai segala-galanya. Dia mempunyai ketinggian yang baik, kemahiran yang baik, dia dapat menjaringkan gol, dia dapat memberi umpanan dengan baik, juga mampu bertahan.”

“Pogba mempunyai semua ciri-ciri untuk bersinar di padang dan itulah yang dilakukannya pada Piala Dunia 2018.”

Leave a Reply