Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui beliau merindui Itali – tatkala perkhabaran beliau akan menyertai Juventus dilaporkan oleh media setiap hari sejak beberapa minggu yang lalu.
Masa depan Sarri sentiasa menjadi persoalan walaupun hanya semusim di Stamford Bridge, selepas menyertai Chelsea dari Napoli pada musim panas lalu.
Jurulatih berusia 60 tahun itu membantu kelab London tersebut mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-3, muncul naib juara Piala Carabao, dan muncul juara UEFA Europa League selepas menewaskan Arsenal pada penghujung Mei lalu.
Sukar di perantauan
“Bagi kami sebagai orang Itali, panggilan untuk kembali sentiasa kuat,” ujar Sarri kepada Vanity Fair – sebuah majalah yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
“Saya sentiasa merasakan sesuatu telah hilang. Ia adalah tahun yang sukar. Saya mulai merasa sukar selepas harus berjauhan dari kawan-kawan dan ibu-bapa yang semakin lanjut usia.
“I feel that something is missing.”
Maurizio Sarri is really missing home.
Read more: https://t.co/UKVrrKvMUQ pic.twitter.com/Xf15CG7FB3
— BBC Sport (@BBCSport) June 5, 2019
“Tetapi di umur seperti ini, saya hanya akan membuat keputusan yang profesional. Saya tidak akan mampu bekerja selama 20 tahun. Kerjaya [jurulatih] ialah pekerjaan yang sukar.
Tidak akan berubah
Sarri juga berkata hubungan beliau dan penyokong Napili tidak akan berubah walaupun beliau akan menyertai kelab lain di Serie A.
“Penyokong Napoli tahu bagaimana saya menghargai mereka. Tahun lalu saya memilih untuk berhijrah keluar dan tidak menyertai kelab Itali yang lain,” ujar beliau yang mengendalikan Itali dari 2015 sehingga 2018.
“For us Italians the call of home is strong, I feel that something is missing”
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 4, 2019
“Hubungan itu tidak akan berubah. Kesetiaan itu adalah 110% ketika anda di sana. Jika tidak, apakah maknanya sebuah kesetiaan?
Sarri yang masih belum menemui pengurusan tertinggi Chelsea untuk berbicara mengenai masa depannya percara dirinya berhak untuk kekal bersama kelab London itu – terutama selepas menang 4-1 ke atas Arsenal di perlawanan akhir Europa League.
Nama Sarri sering kali dikaitkan dengan jawatan pengurus di Juventus untuk menggantikan Massimiliano Allegri yang meninggalkan kelab Turin tersebut pada penghujung musim.