Mauricio Tinggalkan JDT Dengan Status Sebagai Legenda Kelab

Mauricio JDT

Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan yang pertahanan import mereka iaitu Mauricio akan meninggalkan kelab selepas empat tahun bersama.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan JDT, Mauricio meninggalkan Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dengan laluan pastinya akan diberikan kepada pemain import baharu.

“Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Maurico Dos Santos.

“Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT,” kata JDT dalam kenyataan mereka.

Legenda kelab

Mauricio datang ke JDT pada empat tahun lalu dan kemudiannya meninggalkan pasukan pada hari ini sebagai legenda kelab.

Menjadi nadi kepada kekuatan pertahanan Harimau Selatan dalam memburu kejuaraan, Mauricio meninggalkan kelab itu dengan jumlah lapan gelaran.

“Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama,” ujar JDT dalam siaran mereka.

Sepanjang bersama JDT, Mauricio telah memenangi:

  • 4 Liga Super
  • 1 Piala Malaysia
  • 3 Piala Sumbangsih

Tidak hairanlah jika JDT menanggap beliau sebagai legenda kelab selepas jasa yang diberikan olehnya dalam menyumbang kepada zaman emas Harimau Selatan.

Dengan pemergian Mauricio, ia membuka banyak spekulasi kepada siapakah pengganti pemain tersebut.

Terdapat dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikan beliau iaitu bekas pertahanan KL City iaitu Daniel Ting dan juga Dion Cools.

Daniel yang sebelum ini pulang ke England tidak menyambung kontraknya bersama KL atas faktor tidak mahu mengambil vaksin Covid-19.

Daniel Ting Dikesan Di Stadium Sultan Ibrahim, Kuatkan Spekulasi Sertai JDT

Sementara bagi Cools pula, beliau kini turut disebut-sebut akan menyarung jersi JDT walaupun pemain warisan itu juga terpalit dengan khabar angin akan berpindah ke Premier League.

Cools sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan untuk menyertai Brentford, namun begitu ianya hanyalah khabar angin semata-mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN