Penang Terbangkan Lucas Silva, Si ‘Kaki Emas’ Hong Kong Sebagai Pengganti Casagrande

Casagrande Lucas Silva Liga Super 2022 Penang FC

Pertalian Penang FC dengan pemain import kelahiran Brazil memang tidak boleh dipisahkan dan kali ini mereka telah membawa masuk pengganti kepada Casagrande untuk baki saingan musim ini iaitu Lucas Silva.

Berita perpindahan ini terlebih dahulu telah dikongsi oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang menyatakan penyerang yang bakal menyertai Penang adalah Lucas. Sebelum ini, Penang telah menyatakan kemungkinan bakal membawa masuk penyerang baharu disebabkan kecederaan panjang Casagrande.

Menurut Zulhelmi, penyerang tersebut telah didaftarkan di saat akhir jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

 

Sebentar tadi, Penang telah mengumumkan kehadiran Lucas sebagai pengganti Casagrande untuk baki saingan musim ini. Kelab terakhirnya sebelum diterbangkan ke Pulau Mutiara adalah Brusque FC di Serie B, Brazil.

Pengalamannya di Asia tidak boleh dinafikan, malah pernah beraksi di saingan Piala AFC pada edisi 2019. Mungkin penyokong Perak FC masih ingat ketika mereka bertemu Kitchee di pusingan kelayakan playoff.

Bersama Kitchee, beliau pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak saingan tertinggi liga Hong Kong itu untuk dua musim berturut-turut iaitu pada 2017/18 dan 2018/19. Satu pencapaian yang hebat oleh penyerang ini.

Atas faktor itulah, kita boleh gelarkannya Si ‘Kaki Emas’ Hong Kong, seperti watak dalam Filem Shaolin Soccer.

Zainal Abidin Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan Selepas Kehilangan Casagrande

Tidak dapat dipastikan sama ada prestasi itu mampu dibawanya ketika menyarung jersi Penang. Namun, seperti mana kenyataan pengendali, Zainal Abidin Hassan, mereka perlu buat keputusan drastik selepas kehilangan Casagrande yang berehat panjang selepas menjalani pembedahan keretakan tulang pipi kanan.

Ketika Semuanya BOLA bertanya tentang perkara itu kepada Zainal di sidang media, beliau mengesahkan perubahan akan dibuat agar dapat membantu meningkatkan prestasi Penang yang suram di awal musim.

“InsyaAllah, kita akan cuba buat sebaik mungkin untuk Casagrande [pemulihannya]. Dan kita tahu, Casagrande akan berehat panjang, jadi kita perlu membuat satu keputusan drastik sama ada mengganti beliau atau membuat sesuatu yang terbaik buat pasukan.”

Zainal Abidin Hassan, sidang media pasca perlawanan Penang-Terengganu

Apa yang pasti, Zainal gemar menggunakan penyerang yang bertubuh besar sebagai ‘targetman’ dalam sistem permainannya. Dan melihatkan Lucas, mungkin itulah strategi pengendali itu apabila aksi liga kembali nanti.

Untuk melihat kelibatnya, penyokong boleh hadir untuk menyaksikan kejohanan yang akan bermula pada 28 Jun sehingga 02 Julai 2022 di Stadium Bandaraya yang turut melibatkan kelab Muktijoddha Sangsad KC dari Bangladesh Football Premier League dan New Road Team dari Martyr’s Memorial A-Division League (Nepal).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN