Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menyelar persepsi negatif yang menyatakan pasukannya tidak berminat untuk berbelanja bagi mendapatkan pemain baharu.
Pengurus kelahiran Argentina itu turut menganggap tuduhan tersebut sebagai amat memalukan.
”Sekiranya kami tidak menandatangani pemain pada jendela perpindahan Januari, orang ramai akan berkata kami akan bergelut – itu semuanya negatif.”
”Berbanding dari berkata, ‘Tottenham tidak menandatangani mana-mana pemain kerana mereka percaya bahawa mempunyai bahan untuk bersaing merebut kejuaraan liga. Ia sentiasa negatif.”
”Keraguan itu selalunya negatif, tidak pernah positif dan kerana itu adalah sejarah. Kerana apa yang telah terjadi pada masa lalu. Kami perlu untuk menangkis persepsi ini dan berbangga dengan pasukan ini.”
Pochettino menjelaskan Paulo Gazzaniga sebagai contoh bahawa persepsi itu mampu untuk berubah dari semasa ke semasa.
Beliau dibawa masuk pada Ogos 2017 dan dilihat sebagai penjaga ketiga dibelakang Hugo Lloris dan Micheal Vorm, bagaimanapun beliau mempamerkan aksi cemerlang ketika menang keatas Arsenal tempohari.
”Lihat keadaan di mana kami membawa masuk Paulo Gazzaniga, orang turut mengkritik, ‘Oh, dia telah membawa masuk penjaga gol ketiga.”
”Kami merekrut Paulo, setahun setengah yang lalu dari Southampton dan persepsinya adalah, ‘Oh, kami tidak boleh mengumumkan pemain ini kerana ia seolah-olah kami tidak cita-cita. Sekiranya kami membawa pemain dari Southampton, kelab tersebut tidak mempunyai cita-cita.”
”Ia sangat teruk, tidak? ia memalukan kerana selepas setahun setengah, Paulo berjaya daripada dibolosi pada aksi derbi bertemu Arsenal untuk pertama kali di Emirates dan dia sangat hebat.”