Tottenham Hotspur terlepas peluang bagi merapatkan kedudukan dengan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris pada minggu lalu selepas tewas 1-2 kepada Burnley di Turf Moor.
Keadaan tersebut telah menyebabkan pengurus pasukan, Mauricio Pochettino mengangkat bendera putih bagi terus merebut kejuaraan liga paling popular di dunia itu.
Kecewa dengan keadaan tersebut, Pochettino melihat pasukannya perlu menilai diri sendiri dan ianya akan mengambil masa yang lama untuk mengubah pasukan tersebut.
”Sekiranya anda mahu menjadi pesaing yang sebenar, bermain dengan sangat baik atau tidak, ia merupakan perlawanan mesti menang (menentang Burnley).”
”Anda perlu untuk menunjukkan bahawa anda berjuang untuk perkara yang besar dan saya begitu kecewa kerana kami tidak menunjukkan tenaga yang sama seperti ditunjukkan Burnley, sikap yang sama juga seperti Burnley dan cita-cita yang sama seperti Burnley.”
”Kami perlu melihat diri kami sendiri dan mungkin perlu menilai dengan cara yang berbeza – kami tidak mencari alasan.”
”Ia mungkin akan mengambil masa lima hingga sepuluh tahun untuk mengubahnya.”
Tottenham Hotspur akan berdepan Chelsea di Stamford Bridge pada perlawanan awal pagi ini.
Sudah semestinya kemenangan yang diharapkan Pochettino untuk terus memberikan saingan buat Liverpool dan Manchester City walaupun beliau merasakan semuanya sudah berakhir (perebutan juara liga) buat Spurs.