Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino percaya bahawa pasukan yang tidak diberikan sebarang harapan, Burnley mampu untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Skuad bimbingan Pochettino itu akan berkunjung ke Turf Moor bagi menghadapi cabaran sukar yang pasti akan diberikan Burnley awal pagi nanti.
Burnley kini berada ditangga ke-6 liga dengan mencatatkan 32 mata, berkelebihan hanya 1 mata dihadapan Spurs yang berada satu anak tangga dibawah The Clarets.
Pochettino tanpa berselindung berpendapat bahawa Burnley mampu untuk melayakkan diri ke saingan Eropah itu dan merasakan tiada yang mustahil dalam bola sepak.
”Sudah pasti,” balas Pochettino berkenaan pertanyaan adakah The Clarets mampu untuk menamatkan saingan liga musim ini sebagai empat pasukan teratas.
”Lihat, dua tahun yang lalu, Leicester City boleh untuk menjuarai liga dan diakhirnya mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris.”
”Dalam bola sepak, semuanya boleh berlaku dan sudah pasti mereka akan melakukannya dengan baik.”
”Ia akan menjadi sukar kerana mereka perlu bersaing dengan pasukan yang besar, begitu juga kami tetapi dalam bola sepak segalanya boleh berlaku.”
Burnley hanya tewas dua perlawanan daripada sembilan perlawanan terakhir yang menyaksikan mereka memperoleh 19 mata daripada 27 mata penuh.
Walaupun keputusan mengagumkan mereka mengejutkan ramai pemerhati, Pochettino menegaskan beliau bukan salah seorang daripadanya.
”Mereka merupakan lawan yang sukar, seperti sebuah pasukan yang fizikal,” tambah Pochettino lagi.
Pada perlawanan pusingan pertama di Wembley, Spurs dikecewakan pada minit akhir perlawanan menerusi jaringan Chris Wood untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
”Mereka bermain dengan mudah tetapi kadang-kadang sukar untuk bermain dengan mudah seperti yang mereka lakukan.”