Nashville Terpilih Sebagai Kelab Baharu Dalam Saingan Major League Soccer

Major League Soccer

Tempoh hari, masyarakat bola sepak dunia sudah mengetahui bahawa Major League Soccer (MLS) bakal memilih kelab baru untuk beraksi. Ya, ia merupakan situasi biasa bagi MLS apabila mereka akan meluluskan kewujudan expansion team.

Daripada 4 bidaan yang disenarai pendek, MLS telah memilih Nashville sebagai kelab terbaru dalam saingan. Baki 1 kelab lagi akan dipilih daripada baki 3 bidaan.

Nashville akan beraksi dalam saingan MLS sama ada musim 2019 atau 2020.

Kenapa Nashville?

Menurut Don Garber, figura terkemuka MLS, Nashville dipilih kerana mempunyai barisan penonton bola sepak yang cukup ramai dan padu. Masakan tidak, pada Julai lalu, hampir 60 ribu penonton menghadiri perlawanan pra-musim antara Tottenham Hotspur menentang Manchester City.

Faktor lain pemilihan Nashville kerana mereka mempunyai pemilik pasukan yang sangat komited. Pemilik pasukan ini diketuai oleh John Ingram.

John Ingram (kiri), pemilik Nashville. Sumber: Nashville SC.

John Ingram merupakan salah satu jutawan terkemuka yang berasal dari Nashville sendiri. Malah, semasa bidaan dihantar kepada pengurusan MLS, mereka mendapat sokongan daripada barisan kepimpinan penduduk tempatan Nashville.

Pasukan terbaru

Sumber: Wikipedia Nashville SC.

Sebenarnya, sebelum ini Nashville akan beraksi dalam saingan United Soccer League (USL). Musim sulung USL mereka ialah pada 2018, yakni tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, Nashville tetap boleh menempatkan pasukan dalam saingan USL. Atau juga kelab itu akan berpindah ke tempat lain.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai apa itu USL di pautan ini:

Debut Wan Kuzain Di USL, Apakah Perbezaan NASL dan USL? Ini Penjelasannya!

Lumrah dalam suasana liga sukan Amerika Syarikat, boleh berpindah-randah jika ada keperluan yang mendesak.

Tetapi dengan kehadiran pasukan bola sepak bermain di liga utama, sudah pasti penduduk Nashville mempunyai banyak pilihan. Terutamanya ketika stadium kelab itu, Fairgrounds Stadium akan disiapkan.

Nashville menempatkan kelab Tennessee Titans dalam National Football League. Selain itu, Nashville Predators juga beraksi di kota ini. Mereka bermain dalam National Hockey League.

Kelab terbaru selepas Nashville?

MLS akan mempertimbangkan untuk memilih salah satu daripada 3 cadangan. Cincinnati, Detroit dan Sacramento bakal merebut slot terakhir yang ditawarkan.

Kami sedang tunggu juga perkembangan kelab Miami yang diselia oleh David Beckham. Apa khabar Miami?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN