Selepas pemecatan Julen Lopetegui sebagai pengurus Real Madrid tempoh hari, nama Mauricio Pochettino antara yang disebut-sebut bakal menduduki kerusi panas di Santiago Bernabeu itu.
Sehubungan dengan spekulasi tersebut, pengendali dari Argentina itu menegaskan bahawa hubungannya bersama para pemain Tottenham Hotspur kini semakin kuat.
Beliau turut merasakan berita mengenai minat Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya dapat membantu perkembangan terkini buat kelab London itu.
“Ia seperti teman wanita atau isteri kita, bukan? Kerana kita terlalu kacak dan berjalan di sebuah jalan di London dan kemudiannya dia berbangga kerana anda disebabkan wanita lain melihat anda.”
“Isteri sangat gembira kerana dapat bersama anda dan jatuh cinta dengan anda. Tiada sesiapa yang memandang anda, isteri anda berkata “mungkin dia yang terbaik”, anda faham metafora ini?
“Mereka semua yakin, sudah tentu. Ia adalah berkaitan kelab ini. Jika saya percaya dimana Dele Alli atau pemain lain yang menandatangani kontrak kerana saya, ia merupakan perasaan yang teruk atau saya begitu bersalah pada pemikiran saya.”
Alli yang menandatangani kontrak lanjutan enam tahun pada minggu ini menyatakan bahawa faktor Pochettino membuatkan beliau antara sebab beliau mengambil keputusan sedemikian.
“Sudah tentu ia sangat menarik untuk mendengar bahawa pemain mengatakan salah satu sebab (melanjutkan kontrak) kerana pengurus, pengerusi dan stadium baharu, ia sangat menggembirakan.”
“Salah satu alasan yang saya lebih gemar untuk dengar adalah, saya mahu beraksi untuk Tottenham bagi mencipta sejarah, untuk melakar kejayaan.”
Aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini menemukan Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers di laman lawan.
Kredit foto: Evening Standard