Martin Keown Sifatkan Kemenangan Keatas Liverpool Adalah Penting Bagi Arsenal

Arsenal memulakan kempen saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan kekalahan apabila tewas keatas Manchester City 2-0 dihalaman sendiri.

Kemudian, skuad kendalian Unai Emery sekali lagi terpaksa menelan kekalahan kedua apabila kecundang ditangan Chelsea dengan keputusan 3-2.

Bagaimanapun, kekalahan tersebut sama sekali tidak mematahkan semangat pengurus baharu mereka untuk kembali merencanakan dan memperbaiki corak permainan pasukan.

Hasilnya kini Arsenal berada dilandasan terbaik apabila berjaya melakar keputusan positif dalam semua perlawanan yang dihadapi.

Arsenal telah berjaya melakar 11 kemenangan berturut-turut sebelum terhenti pada minggu ke-10 saingan EPL selepas diikat 2-2 Crystal Palace di Selhurst Park 28 Oktober lalu.

Namun, Arsenal kembali mencatat kemenangan semula apabila mereka berjaya menundukkan Blackpool F.C 2-1 bagi saingan Piala Liga (01/11/18).

Keputusan tersebut meletakkan Arsenal kini berada dilandasan terbaik untuk terus mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Akan tetapi, lawan mereka selepas ini adalah Liverpool.

Arsenal dijadualkan akan bertemu Liverpool 4 November ini di Stadium Emirates.

Bercakap mengenai perlawanan ini kepada Express, bekas pemain Arsenal Martin Keown menyifatkan ianya sebagai perlawanan paling penting bagi menentukan prestasi Arsenal pada musim ini.

Beliau sebagai berkata, Arsenal harus menang dan segala keputusan pada perlawanan menentang Liverpool amat penting.

“Jika Arsenal ingin kembali berada dalam kelompok empat pasukan terbaik, mereka tidak boleh tewas pada perlawanan ini.”

“Para peminat ingin melihat Arsenal berjaya meraih kemenangan dengan menentang pasukan-pasukan besar.

Bagaimanapun, Keown meramalkan bahawa keputusan perlawanan ini bakal berakhir dengan keputusan seimbang kedua-dua pihak.

“Saya fikir perlawanan ini akan berakhir seri 2-2.”

“Liverpool akan menyerang, tetapi Arsenal memiliki rekod tuan rumah yang bagus.” katanya.

Pertemuan Emery dan Kloop

Saat ini, Liverpool dan Arsenal dinilai memiliki kekuatan pemain yang hampir sama.

Perlawanan ini juga bakal mempertaruhkan reputasi dan kreabiliti pengurus pasukan diantara Unai Emery dan Jurgen Kloop

Ini adalah pertemuan pertama Emery dan Kloop dipentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelumnya kedua-dua mereka pernah bertemu di saingan akhir Piala Eropah 2016 saat Emery membimbing pasukan Sevilla.

Dalam perlawanan tersebut, Kloop gagal membantu pasukan meraih kemenangan apabila ditewaskan 1-3 di St. Jakob-Park, Basel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN